CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36031|Reply: 0

[Kedah] Guru-guru tak pernah lupa SK Haji Nyak Gam dipenuhi lumpur

[Copy link]
Post time 18-8-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Guru-guru tak pernah lupa SK Haji Nyak Gam dipenuhi lumpur


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 18, 2024 @ 12:29pm [email protected]







Ahmad Izham menunjukkan kesan banjir lumpur akibat tragedi Titi Hayun pada 18 Ogos 2021 di Yan. - Foto BH/ZULIATY ZULKIFFLI





YAN: Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Nyak Gam di sini tidak pernah melupakan tarikh 18 Ogos, hari kawasan sekolah terjejas teruk akibat banjir lumpur, dibawa kepala air yang melanda Titi Hayun, tiga tahun lalu.

Keseluruhan kawasan sekolah itu dilitupi lumpur sedalam setengah meter yang 'diturunkan' dari Gunung Jerai sehingga menyebabkan kerosakan besar pelbagai kemudahan sekolah.

Penolong Kanan (Murid Pendidikan Khas), Ahmad Izham Ismail, berkata petugas di sekolah bersyukur kerana kejadian berlaku ketika cuti akibat pandemik COVID-19 dan tiada mangsa terkesan.

Selain menjejaskan sekolah, katanya, banjir lumpur tamparan berganda kepada guru-guru yang kerana rumah dan harta-benda mereka turut rosak sewaktu bencana itu berlaku.

Beliau berkata, sukar untuk membersihkan lumpur di sekolah kerana pada masa sama, beberapa guru sekolah itu juga terpaksa berhadapan dengan kerosakan di rumah sendiri.

"Kami seakan-akan tidak percaya apabila melihat keseluruhan sekolah ditutup dengan lumpur tebal, selepas banjir surut bahkan kawasan padang turut dipenuhi lumpur.

"Saya takut memikirkan sekiranya pada waktu itu sekolah itu dibuka, dan pelajaran di dalam bilik darjah sedang berjalan, ketika bencana itu melanda," katanya.

SK Haji Nyak Gam dekat tebing sungai mengalir melalui bandar Yan, paling teruk terjejas dalam kalangan empat sekolah terjejas akibat bencana di daerah Yan.

Sekolah lain yang terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan; SK Langkawi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) York Khoon.

Ahmad Izham berkata, 41 guru dan lapan kakitangan mengambil masa tiga bulan untuk membersihkan sepenuhnya sekolah itu, yang mempunyai 360 murid.

Menurutnya, sekolah juga bercadang untuk mewujudkan memorial dengan meletakkan gambar ketika kejadian kepala air di sekolah itu sebagai peringatan.

Katanya, bencana itu tidak menghalang guru dan murid SK Haji Nyak Gam untuk bangkit dengan kekuatan yang lebih hebat.

"Sekolah ini meraih beberapa anugerah dalam pelbagai pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan seperti tempat ketiga pada pertandingan inovasi pertanian peringkat kebangsaan menerusi projek hidroponik.

"Projek itu digerakkan oleh murid kelas berkeperluan khas. Ini dorongan moral yang besar untuk mereka dan semua orang di sekolah," katanya.

Kejayaan itu dijayakan dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang membekalkan panel solar untuk projek pertanian sekolah itu.

Pengurus Besar TNB Kedah/Perlis, Wan Ishak Soed, berkata syarikat utiliti nasional itu berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif itu.

"Ini sejajar dengan usaha TNB untuk mempromosi tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan pelajar, sebagai sebahagian daripada visi kami untuk Matlamat Pembangunan Mampan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1286544/guru-guru-tak-pernah-lupa-sk-haji-nyak-gam-dipenuhi-lumpur






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.084549 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list