CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40194|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Batalkan cadangan bina loji WTE, beri risiko kesihatan, alam sekitar'

[Copy link]
Post time 19-8-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
'Batalkan cadangan bina loji WTE, beri risiko kesihatan, alam sekitar'


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 19, 2024 @ 5:47pm [email protected]







Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader. Gambar fail





GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan membatalkan cadangan pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) dalam negara.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata kerajaan sepatutnya beralih kepada Sisa Sifar susulan pembinaan loji WTE itu akan menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan kesihatan yang ketara kerana ia melepaskan bahan pencemar berbahaya seperti dioksin, furan, logam berat dan partikel halus.

Katanya, ia juga bercanggah dengan prinsip ekonomi kitaran dengan mengabaikan aktiviti kitar semula dan pengkomposan sambil menghasilkan abu berbahaya yang meningkatkan ketoksikan sisa.

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan rancangan bagi membina 18 loji WTE dalam negara menjelang 2040.

"Sebanyak 18 lokasi cadangan loji WTE akan dibina di Kedah, Johor, Pahang, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan.

"Selain itu, insinerator WTE tidak boleh dianggap sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui kerana ia bergantung kepada sisa yang tidak boleh diperbaharui yang menghalang usaha kitar semula dan pemuliharaan sumber," katanya dalam kenyataan bersama di sini, hari ini.

Mohideen berkata, ada yang mendakwa teknologi insinerator yang lebih baharu dengan jadual penyelenggaraan mantap mungkin kurang berbahaya, namun penyakit daripada pendedahan kepada emisi insinerator cenderung menjadi nyata hanya selepas bertahun-tahun pendedahan kumulatif.

Susulan itu, katanya, terlalu awal bagi membuat kesimpulan bahawa teknologi baharu itu meningkatkan keselamatan.

"Bagi menangani cabaran pengurusan sisa dalam negara, kerajaan disyor melakukan pendekatan Sisa Sifar yang menekankan kecekapan, pemulihan dan pemuliharaan sumber.

"Strategi ini termasuk pengurangan sisa, pengkomposan, kitar semula, penggunaan semula, pengisian semula, pembaikan dan perubahan dalam tabiat penggunaan," katanya.

Mohideen berkata, menambah baik infrastruktur pengumpulan dan pengasingan sisa, menyokong amalan ekonomi kitaran dan melaksanakan Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (Extended Producer Responsibility: EPR) adalah langkah penting perlu dilakukan.

Selain itu, katanya, pelaksanaan program kitar semula sisa elektronik, sistem bayaran balik deposit dan inisiatif penggunaan semula dan pengisian semula akan menyokong lagi pengurusan sisa yang mampan.

"CAP dan SAM menegaskan insinerator WTE adalah penyelesaian palsu kepada krisis sisa dan tenaga kita.

"Sehubungan itu, CAP dan SAM menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kementerian berkaitan berhubung bantahan pembinaan loji insinerator WTE pada 14 Ogos lalu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1287118/batalkan-cadangan-bina-loji-wte-beri-risiko-kesihatan-alam-sekitar






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.565454 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list