CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42270|Reply: 1

[Kedah] Kes bunuh dua beranak: Suspek minta izin tidur di masjid

[Copy link]
Post time 20-8-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-8-2024 04:58 PM

Kes bunuh dua beranak: Suspek minta izin tidur di masjid

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

20 Ogos 2024 04:18pm




Mohd Fauzi menunjukkan lokasi suspek berdiri dan memohon untuk bermalam di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang pada malam Isnin.





ALOR SETAR - Suspek kes bunuh isteri dan anak perempuan telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang pada malam Isnin.

Imam masjid tersebut, Mohd Fauzi Bakar, 62, berkata, semasa dia mahu keluar masjid untuk ke majlis tahlil, kelihatan lelaki tersebut berada di atas tangga di hadapan pintu masuk masjid kira-kira jam 9 malam.



“Sebelum kejadian, saya ada majlis tahlil dan nak cepat, lelaki tersebut kata anaknya tidak sihat dan saya pegang kepala anaknya dan baca al-Fatihah dan ayat Kursi dalam dua tiga minit.

“Dia minta izin nak tidur di sini, dia kata anaknya sejuk dan prosedur masjid tidak bagi tidur di dalam, kita minta tidur di luar dan dia minta pasang lampu,” katanya semasa ditemui pemberita di Masjid Al Hidayah, dekat sini pada Selasa.


Jelasnya, semasa kejadian beberapa jemaah telah pun memadam lampu di masjid berkenaan dan suspek yang memakai kain pelikat dan baju itu kemudiannya diberkas polis yang berpakaian biasa.

“Ada jemaah yang datang kepada saya dan bisik ini kes bunuh ustaz, masa itu baru saya tahu tapi saya serahkan kepada anggota polis yang turut berada di situ kerana mahu pergi ke majlis tahlil,” ujarnya.



]
Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang menjadi lokasi suspek singgah untuk bermalam pada malam Isnin.




Pada Selasa, seorang lelaki warga asing ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya yang ditemukan dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim pada Isnin.



Perintah reman dikeluarkan bermula Selasa hingga 26 Ogos depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang pada jam 9 malam pada Isnin.

https://www.sinarharian.com.my/article/681240/berita/semasa/kes-bunuh-dua-beranak-suspek-minta-izin-tidur-di-masjid


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 05:14 PM | Show all posts
maknanya ada anak lain ke? umur berapa tu? knp bunuh wife n anak perempuan je? ehhh tak paham haku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.040229 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list