CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41631|Reply: 0

[Kedah] 84 mangsa banjir kilat pindah ke PPS di Merbok

[Copy link]
Post time 21-8-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode
84 mangsa banjir kilat pindah ke PPS di Merbok


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 21, 2024 @ 5:26pm [email protected]







Anggota APM Kuala Muda melakukan pemantauan di kawasan dinaiki air. Foto ihsan APM





SUNGAI PETANI: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 84 orang daripada 22 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok.

Jumlah itu dilaporkan pada jam 4 petang ini berbanding 83 mangsa daripada 21 keluarga pada jam 12 tengah hari tadi.

Semua mangsa banjir kilat itu adalah penduduk Kampung Huma yang terjejas akibat banjir kilat dan air pasang besar yang berlaku sejak semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten Amirul Asyraf Mohamad Mayidin, berkata daripada jumlah itu, seramai 37 mangsa adalah lelaki dewasa, 30 wanita dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Beliau berkata, semua mereka berpindah ke PPS itu sejak dibuka jam 6.30 petang semalam.

"Kejadian banjir kilat ini berlaku berikutan hujan lebat di Mukim Merbok, selain berlaku air pasang besar.

"Kejadian ini menyebabkan kerosakan harta benda mangsa dan kedalaman paras air setinggi 0.5 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirul Asyraf berkata, ketika ini keadaan cuaca tidak hujan dan air mulai surut, namun pemantauan masih dilakukan.

Beliau berkata, operasi disertai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), APM, Syarikat Air Darulaman (SADA) dan banyak lagi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1288030/84-mangsa-banjir-kilat-pindah-ke-pps-di-merbok






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.077359 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list