Pelakon cantik Sharifah Rose berkongsi di instagram story bahawa dia dijangkiti virus Influenza A dan sedang dirawat di sebuah hospital setelah suhu badan mencecah 41 darjah celcius dan jantung berdegup laju.
Dia yang mengalami sakit tekak sejak beberapa hari yang lalu memberitahu keadaannya bertambah teruk dan suhu badan semakin meningkat walaupun sudah mengambil ubat.
Beliau terdahulu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam sehingga badan mula menggigil ketika dalam perjalanan balik melalui kereta api dari Pulau Pinang ke Perlis sebelum dikejarkan ke unit kecemasan.
Semoga cepat sembuh. Sekarang memang musim influenza.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register