View: 34543|Reply: 1
|
[Johor]
Sekali tanam, 3 kali tuai!
[Copy link]
|
|
ANTARA aktiviti menjadi tarikan utama adalah Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pine FC yang diwakili pegawai LPNM dan SuperLawak FC.
Iskandar Puteri
Laman Agro Nanas di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 mulai 11 hingga 22 September depan bakal menyediakan pelbagai aktiviti menarik demi memupuk kesedaran ramai berkaitan kepentingan industri nanas negara.
Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Mohd Khairuzamri M Salleh berkata, laman Agro Nanas pada masa ini sedang rancak dipersiapkan untuk dipersembahkan kepada pelbagai lapisan pengunjung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang kelak.
Beliau berkata, pihaknya menyeru orang ramai tidak melepaskan peluang ke laman Agro Nanas berkenaan bagi mengenali rantaian industri nanas sempurna.
"Kanak-kanak hingga veteran sesuai ke laman Agro Nanas kerana kita menyediakan gambaran suatu rantaian industri yang sempurna yang mana mana kita menepati konsep naratif yang kita bawa iaitu satu kali tanam tiga kali tuai dari hiliran sampai huluan.
"Kita menjanjikan suatu showcase yang menarik, menjadi tarikan golongan muda hingga dewasa, industri ini menjanjikan satu pendapatan yang sangat penting dan menjanjikan kehidupan yang lebih baik.
"Di laman nanas juga, kita akan membawa Orang Asli dari Pahang untuk menganyam tikar dari daun nanas, ia sesuatu yang menarik," katanya.
Mohd Khairuzamri berkata, ia merupakan antara produk baharu yang diperkenalkan berasaskan sisa nanas yang diproses selain makanan haiwan dan kertas.
Menurutnya, secara tidak langsung, apabila sisa dapat diproses ia juga dapat mengelakkan berlakunya pencemaran udara akibat pembakaran sisa nanas.
"Kita ada teknologi untuk memperkenalkan produk dengan memproses sisa-sisa nanas hingga menjadi produk memiliki nilai," katanya di sidang media sempena Jelajah Hari Nanas Malaysia 2024 di Padang Bolasepak Educity Sports Complex Iskandar Puteri di sini, kelmarin.
Kira-kira 2,000 pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menjayakan pelbagai pengisian sempena program berkenaan.
Mohd Khairuzamri berkata, antara aktiviti menjadi tarikan utama adalah Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara Pine FC yang diwakili oleh pegawai LPNM dan SuperLawak FC yang diwakili oleh artis terkenal seperti Jep Sepahtu.
Menurutnya, Pine FC diasaskan lima tahun lalu pernah bertanding di peringkat kementerian antara agensi dan jabatan dan pernah ke peringkat separuh akhir.
Katanya, perlawanan berkenaan bermula pada jam 4.30 petang selain aktiviti lain termasuk larian yang dikenali sebagai Pine Run 2K24 yang bermula seawal jam 7 pagi.
"Jelajah Hari Nanas Malaysia hari ini merupakan siri ke-11 diadakan sepanjang tahun ini dan akan berterusan sehingga ke 27 Jun 2025 sempena Hari Nanas Malaysia buat pertama kalinya disambut secara besar besaran.
"Program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, pemain industri, dan masyarakat umum melalui pelbagai aktiviti interaktif dan hiburan yang disusun.
"LPNM juga berhasrat untuk menjadikan sambutan Hari Nanas Malaysia sebagai acara dwi-tahunan yang dinantikan oleh masyarakat, sekali gus memupuk minat mereka terhadap produk tempatan.
"Di Johor kita juga memiliki ramai usahawan yang sesuai digelar ikon dalam perusahaan nanas dan kita yakin bilangan belia yang menceburi bidang ini akan meningkat," katanya.
Disiarkan pada: Ogos 26, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|