CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31746|Reply: 9

[Politik] UMNO Dajal, Hadi Awang dilapor polis

[Copy link]
Post time 27-8-2024 02:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-8-2024 03:08 AM


KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Penulisan fitnah dan tidak bertanggungjawab yang menuduh UMNO menggunakan politik wang dan boleh menimbulkan khianat awam seperti menyamakan UMNO dan Dajal tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Demikian tegas Exco Pemuda merangkap Pengerusi Biro Undang-undang Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Aizat Azam.

Beliau melahirkan rasa amat terkejut dengan artikel keluaran Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas yang bertajuk ‘Politik bohong dan kebendaan tetap menjadi pilihan UMNO-PH’.

Katanya, apa yang lagi mengejutkan adalah apabila Presiden Pas mengatakan bahawa UMNO adalah seperti Dajal malah berulang kali menyatakan bahawa UMNO menggunakan politik wang untuk sogok rakyat dan tindakan itu sama seperti Dajal.

“Tan Sri Presiden Pas, jangan lupa bahawa PRK Kemaman Disember lalu berlaku kerana Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Pas di Parlimen Kemaman pada PRU15 tidak sah kerana politik kebendaan yang digunakan oleh Pas sewaktu berkempen.

“Selain itu, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga akan membuat laporan polis agar artikel tulisan Presiden Pas ini yang berniat mengelirukan masyarakat dan berbaur fitnah, dapat disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan hal terbabit, hari ini.

Bidas beliau, Presiden Pas sebagai orang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama sewajarnya mencermin diri terlebih dahulu sebelum hendak mengaitkan UMNO dengan Dajal.

“Tan Sri Presiden Pas, bukankah kita sepatutnya menjadikan politik sebagai alat untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam? Bagaimana kita nak bersatu padu jika ada tuduhan sebegini rupa terhadap UMNO yang seagama dan sebangsa dengan Pas?

“Malaysia sebuah negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang sebagai teras negara, penulisan seperti ini seharusnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Jika Tan Sri Presiden Pas tidak puas hati akan kekalahan di PRK Nenggiri, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada, bukan dengan mengeluarkan dakyah bahawa UMNO adalah seperti Dajal,” katanya lagi. – UMNO Online





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2024 09:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pelik ke dia maki  org dajal.apa jela yg  lobai pas ni x maki.nerakakan,kafirkan tu biasa.baru2 ni  aku tgk  video azhar idrus mensyahidkan penyokong pas.nanti kalo tahap korang kena bom ke cari  walaun okehh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadi ni memang jahat...dari dulu duk kafir kan umno...dajjal kan umno ...dia tu suci sangat ke...
Dia pun kena ban dgn kerajaan Saudi.
Walaun mmg bodoh sejak azali duk ikut Hadi ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:49 AM | Show all posts
cakap lebih nanti dikatakan lawan ulama, tetapi semakin senja usia mereka semakin taksub dengan 'politik'. serupa benar dgn perangai nik aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 08:32 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 27-8-2024 07:49 AM
cakap lebih nanti dikatakan lawan ulama, tetapi semakin senja usia mereka semakin taksub dengan 'pol ...

Arwah Nik Aziz OK..

yg x OK Eddy Awe

mereka berdua berbeza

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak pelik... pengikut demokrasi syiar kafir
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadi dgn Zahid ni cm adik beradik
Dua2 ramai akar umbi parti masing-masing xsuke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 09:38 AM | Show all posts
Rogue98 replied at 27-8-2024 07:41 AM
Hadi ni memang jahat...dari dulu duk kafir kan umno...dajjal kan umno ...dia tu suci sangat ke...
Di ...

ketua parti kan
boleh cakap ape yang dia suka
pengikut pun ramai
kira terpaling tinggi la martabat dia

walhal kata2 dia tak melambangkan seorang ulama
penuh fitnah dah buruk sangka

haihh dia lupa neraka tu wujud
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:14 PM | Show all posts
alesandra replied at 27-8-2024 07:37 AM
Ada pelik ke dia maki  org dajal.apa jela yg  lobai pas ni x maki.nerakakan,kafirkan tu biasa.baru2  ...

yup..game ore2 beloh north east
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!)
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 3059 Replies : 64
Tabung Abang Bas dah penuh.Rakyat Malaysia....
YgBenarTabung Abang Bas dah penuh.Rakyat Malays
Views : 14249 Replies : 37
JoyahMengayah
Views : 203586 Replies : 289
Najib masuk wad, dirujuk pakar sakit jiwa
maklukpenggodaNajib masuk wad, dirujuk pakar sakit jiw
Views : 35620 Replies : 29
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 27998 Replies : 43
JPJ umum pemanggilan semula 24,000 Toyota & 10,000 Mercedes yang dikeluarkan sejak 8 tahun lalu untuk elak kemalangan
YgBenarJPJ umum pemanggilan semula 24,000 Toyot
Views : 606 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58099 Replies : 538
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 119668 Replies : 3100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 98764 Replies : 5251
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 46160 Replies : 107

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.187354 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list