CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 37460|Reply: 61

[Tempatan] Najib dirujuk kepada pakar sakit jiwa

[Copy link]
Post time 13-9-2024 03:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-9-2024 01:22 PM

KUALA LUMPUR: Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat keradangan akut pada lutut.

Perunding kanan Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HKL Dr Siti Hawa Tahir memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pasukan perubatan perlu memantau perkembangan Najib selepas memberinya ubat opioid dua hari lepas.


"Sijil sakit (MC) Datuk Seri Najib untuk hari ini dan esok diberi berdasarkan penilaian semalam kerana apabila melibatkan keadaan keradangan akut seperti ini, ia memerlukan penilaian harian. Beliau perlukan rehat dua hari.


"Kesakitan berkurangan dengan opioid, tetapi beliau mengalami beberapa kesan sampingan termasuk loya dan mengantuk. Datuk Seri Najib juga menghidap apnea tidur yang menjadi kebimbangan kami kerana beliau perlu dipantau dengan teliti ketika menggunakan opioid," kata Dr Siti Hawa dari kandang saksi di sini hari ini.


Ketika ditanya Hakim Sequerah sama ada Najib dapat menghadiri perbicaraan esok, Dr Siti Hawa berkata ia bergantung pada penilaian pakar psikiatri terhadap keadaan mental bekas Perdana Menteri itu kerana beliau menggunakan opioid.


"Apabila kami berbual, Datuk Seri Najib boleh faham dan beliau dapat menyampaikan mesej mengenai gejala yang dialaminya.


"Bagaimanapun, pakar psikiatri ialah pihak yang paling sesuai menjelaskan keadaan mental beliau sebelum dapat ke mahkamah kerana pembersihan ubat daripada darahnya akan mengambil masa beberapa jam," kata Dr Siti Hawa.


Selepas mendengar penjelasan daripada Dr Siti Hawa, Hakim Sequerah mengosongkan perbicaraan untuk hari ini dan esok, dengan mengharapkan Najib dapat menghadiri perbicaraan pada Selasa depan (17 Sept).


Prosiding kini memasuki peringkat penghujahan lisan, tiada testimoni saksi dikemukakan. Pasukan pembelaan dan pendakwaan sedang menyediakan hujah terakhir bagi mengemukakan kesimpulan sama ada bukti lisan dan dokumentari akan mensabitkan atau membebaskan Najib daripada pertuduhan.


Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.


Beliau turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.


Najib didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, dan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.


- BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi dadah opium. Najib tgh high.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:00 AM | Show all posts
makcik mc berbulan mc ok aje. bila bukan puak atok semua x boleh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Claim temporary insanity. Case dismissed.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:30 AM | Show all posts
time cm ni sakit pulak........mcm mcm hal
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila meroyan ke sisthur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 09:40 AM | Show all posts
rujuk atas nasihat doktor sebab bagi ubat jenis tu....
xde lah dia najib sendiri nak claim kena kasi arsenik, cucuk hiv
hmmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
GWS bossku   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2024 09:53 AM | Show all posts

lalok sissy
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:19 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:26 AM | Show all posts
mcm mana eh rupa penjara najib? kalau ngadap dinding 24 jam, memang effect dgn mental la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
DeEpressioon
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah selamatkanlah Najib
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash is king ke karma is king now ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:46 AM | Show all posts

Adakah kifarah sumpah sedang berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 13-9-2024 09:40 AM
rujuk atas nasihat doktor sebab bagi ubat jenis tu....
xde lah dia najib sendiri nak claim kena kasi ...

Acik2 terhasuti macam biasalah masih berfantasi kununnya najib lah sejahat jahat manusia

Hati dah tertutup gitew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 11:53 AM | Show all posts
ndak alah-alah sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 13-9-2024 10:40 AM
Cash is king ke karma is king now ?

Sekarang sudah tukar..
King sing is king..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah gila pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua kerja orang gila lah
-Samy Vellu-



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.119065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list