CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33607|Reply: 0

[Kedah] NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah sehingga Julai

[Copy link]
Post time 27-8-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode
NCER catat RM15.26 bilion pelaburan direalisasi di Kedah sehingga Julai


Oleh BERNAMA - Ogos 27, 2024 @ 4:57pm






Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).



ALOR SETAR: Sebanyak RM15.26 bilion pelaburan direalisasikan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) melalui kerjasama antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kerajaan negeri Kedah dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024.

Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan, berkata menerusi pelaburan itu, sebanyak 1,700 peluang pekerjaan telah diwujudkan.

"Jumlah berkenaan berjaya mengatasi realisasi pelaburan sebanyak RM5.43 bilion yang dicatatkan untuk tempoh sama tahun lalu. Prestasi baik ini menjadi bukti keberkesanan Pelan Pembangunan Strategik NCER dan NCIA turut yakin prestasi keseluruhan tahun ini akan berjaya melepasi pencapaian tahun 2023 di Kedah.

"Tahun ini, NCIA juga telah memperkenalkan inisiatif FaCi@NCER yang bertujuan mempercepatkan proses merealisasikan pelaburan di NCER dengan menghubungkan pelbagai pihak pemegang taruh dalam sebuah rantaian proses kelulusan yang komprehensif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, industri peranti perubatan merupakan elemen penting dalam sektor pembuatan bernilai tinggi yang telah berkembang maju di Kedah terutama di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan kawasan perindustrian di sekitar Sungai Petani.

Katanya, sejak 2019, NCIA berjaya merealisasikan pelaburan kumulatif sebanyak RM34.8 bilion dan lebih 16,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam sektor pembuatan bernilai tinggi di Kedah.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.56 bilion telah disumbangkan oleh industri peranti perubatan dengan lebih 1,600 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir berjaya diwujudkan.

"Saya yakin menerusi Pelan Pembangunan Strategik NCER, Kedah mampu menjadi hab pembuatan peranti perubatan pilihan bukan sahaja di peringkat tempatan malah berdaya saing di peringkat global pada masa hadapan," katanya.

Terdahulu, prestasi pelaburan NCER bagi Kedah diumumkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/08/1290754/ncer-catat-rm1526-bilion-pelaburan-direalisasi-di-kedah-sehingga






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.078464 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list