CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30312|Reply: 0

[Perlis] Di mana Mohd Amir, hampir setahun hilang

[Copy link]
Post time 27-8-2024 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Di mana Mohd Amir, hampir setahun hilang


Aizat Sharif[email protected]







MOHD Amir dilihat kali pada 31 Ogos tahun lalu ketika keluar dari rumah di Kampung Serdang, Simpang Empat, Kangar. FOTO Ihsan Polis.





Kangar: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang hampir setahun lalu di Perlis.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Amir Ishak, 29, dari Kampung Serdang, Simpang Empat, Kangar dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 31 Ogos tahun lalu dan gagal dihubungi sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, ibu lelaki berkenaan membuat laporan polis pada 20 Mei lalu memaklumkan anaknya hilang.

"Lelaki itu dikenali sebagai Mohd Amir Ishak yang berusia 29 tahun dan dia dilaporkan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi sehingga kini," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, ibunya memaklumkan lelaki itu dilihat kali terakhir jam 7 pagi, 31 Ogos ketika keluar dari rumah mereka.

"Ketika keluar dari rumah, Mohd Amir membawa sepasang kemeja T berwarna kelabu dan seluar jeans serta menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berwarna biru bernombor plat pendaftaran KBT 4582," katanya.

Yusharifuddin berkata, hebahan dan bantuan orang ramai diperlukan setelah pihaknya gagal mengesan keberadaannya di Perlis.

"Kita memohon orang ramai yang mengesan, melihat atau mengenali Mohd Amir dapat tampil memberi maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan menghubungi talian 'hotline' IPD Kangar di talian 04-987 2222.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Y Thilip di nombor 019-547 1323," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2024 @ 6:56pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127664/di-mana-mohd-amir-hampir-setahun-hilang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.342041 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list