CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32467|Reply: 1

[Pulau Pinang] Gambar tular Jalur Gemilang terbalik di sebuah sekolah diulang siar- polis

[Copy link]
Post time 27-8-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Gambar tular Jalur Gemilang terbalik di sebuah sekolah diulang siar- polis


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 27, 2024 @ 8:40pm [email protected]







Gambar tularmemaparkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun adalah gambar lama yang diulang siar oleh individu tidak bertanggungjawab. - Foto media sosial.





NIBONG TEBAL: Polis meminta semua pihak berhenti dari memanipulasikan gambar tular yang memaparkan bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Chong Boo Khim, berkata ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan isu perkauman.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 2020 dan gambar tular berkenaan diulang siar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, tindakan memuat naik semula gambar itu boleh menyebabkan kekeliruan dan secara tidak langsung mencetuskan isu perkauman dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

"Terdahulu, polis terkesan hantaran di laman Facebook oleh satu akaun yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dengan cara salah.

"Hasil siasatan mendapati kes itu berlaku di sebuah SJKC pada 2020 yang kemudian ia diulang siar oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Kita menasihati orang ramai supaya tidak memanipulasi kes tular ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Boo Khim berkata, orang ramai diminta mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan tidak sesekali menyebarkan maklumat tidak tepat.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1290865/gambar-tular-jalur-gemilang-terbalik-di-sebuah-sekolah-diulang-siar-polis






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoii sapalah yang gantung terbalik jenuh guru besar nak menjawab nnti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.221594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list