CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24359|Reply: 0

[Kedah] Lebih 150 peniaga terjejas, Pasar Awam Padang Matsirat dinaiki air

[Copy link]
Post time 28-8-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 150 peniaga terjejas, Pasar Awam Padang Matsirat dinaiki air


Oleh Hamzah Osman - Ogos 28, 2024 @ 12:27pm [email protected]







Keadaan Pasar Awam Padang Matsirat yang dinaiki banjir kilat. - NSTP/HAMZAH OSMAN




LANGKAWI: Lebih 150 peniaga di Pasar Awam Padang Matsirat di sini, terjejas apabila premis terbabit dinaiki air awal pagi hari ini, susulan hujan lebat selama 12 jam sejak semalam.

Peniaga ikan, Azizi Ahmad, 42, berkata hujan lebat berterusan dan paras air sungai di tepi pasar yang melimpah menyebabkan pasar terbabit dinaiki air sedalam antara 0.5 hingga 1.2 meter.

"Air mula naik di kawasan pasar ini jam 2.30 pagi memaksa beberapa peniaga yang tinggal berdekatan mengemas dan memindahkan barang jualan mereka ke tempat selamat.

"Paras air paling tinggi air naik pada jam 5.30 pagi, iaitu paras pinggang.

"Banjir berlaku cepat menyebabkan beberapa tong mengandungi ikan, udang dan sotong milik peniaga gagal diselamatkan selepas hanyut dan tenggelam dalam sungai berhampiran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azizi berkata, dia dan beberapa peniaga terpaksa berpindah dan membuka gerai sementara di tepi Jalan Padang Matsirat-Kuala Teriang di sini, seawal jam 7 pagi bagi membolehkan urusan jual beli dilakukan.

"Kami terpaksa mencari jalan untuk berniaga kerana barangan basah seperti ikan, udang dan sotong mudah rosak... kalau tak dapat jual hari ini, peniaga akan menanggung rugi," katanya yang berniaga di pasar itu sejak 10 tahun lalu.

Seorang pembantu gerai ikan, Ahmad Manaf, 50, berkata dia bersyukur kerana sempat menyelamat satu tong ikan yang terapung dan sedang hanyut menuju ke sungai berhampiran.

"Bagaimanapun, sebuah kereta dipercayai milik seorang peniaga yang diparkir di kawasan pasar rosak dimasuki air kerana tidak sempat dibawa keluar susulan air naik cepat, selain alirannya laju," katanya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin, berkata selain pasar terbabit, banjir kilat bermula jam 3 pagi itu turut menjejas lapan kampung dari tiga mukim.

Ia membabitkan Kampung Limbung Putra, Atas dan Batu Ara dari Mukim Padang Matsirat, disusuli Kampung Atas, Bukit Kemboja, Nyiur Chabang dan Lubuk Setul di Mukim Bohor serta Kampung Kerman di Mukim Kiah.

"Tinjauan awal mendapati 10 rumah di Kampung Limbung Putra terjejas selepas dinaiki air dengan jumlah keseluruhan mangsa sedang dikenal pasti," katanya.

Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, manakala pemantauan masih dilakukan demi keselamatan penduduk.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1291066/lebih-150-peniaga-terjejas-pasar-awam-padang-matsirat-dinaiki-air






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.419337 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list