CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45108|Reply: 0

[Kedah] Boeing lancar semula kilang pengeluaran komponen pesawat

[Copy link]
Post time 29-8-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Boeing lancar semula kilang pengeluaran komponen pesawat


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 29, 2024 @ 6:57pm [email protected]







Presiden Boeing Asia Tenggara, Penny Burtt, (empat kiri) selepas Majlis Pelancaran Boeing Composites Malaysia di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) - Foto NSTP/Ihsan Boeing





BUKIT KAYU HITAM: Boeing Company (Boeing) komited menjalinkan kerjasama dengan Malaysia untuk pelan jangka masa panjang bagi pembangunan industri aeroangkasa di negara ini.

Presiden Boeing Asia Tenggara, Penny Burtt, berkata komitmen itu dizahirkan apabila pihaknya melancarkan semula kilang pembuatan komponen kapal terbangnya sebagai Boeing Composites Malaysia (BCM) di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Katanya, ia sekaligus mengiktiraf keupayaan industri aeroangkasa Malaysia termasuk melalui pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam majlis pelancarannya di kilang berkenaan.

"Boeing benar-benar gembira berada di Malaysia, kami sangat komited kepada Malaysia dan akan terus membina usaha yang sudah bertapak di sini untuk menerokai kerja-kerja baharu ke kilang ini.

"Ia adalah langkah yang tepat pada masanya untuk Boeing, kami melihat potensi jangka panjang untuk industri aeroangkasa di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan keseluruhan ekosistem di sini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Boeing Composites Malaysia di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sejajar dengan usaha itu Boeing memberi jaminan untuk mendukung komitmen Malaysia khususnya dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa.

Katanya, menyokong usaha itu Boeing turut menawarkan geran pendidikan sebanyak RM44,000 kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jitra untuk melatih 30 pelajar dalam teknologi pemesinan dan fabrikasi selain sambil membimbing mereka ke arah peluang pekerjaan dalam industri aeroangkas

"Ini adalah satu lagi sumbangan kami kepada pembangunan kemahiran dan bakat di Malaysia untuk jangka panjang kerana kami sangat yakin dengan permintaan jangka panjang dalam industri ini.

"Malaysia sebenarnya adalah bahagian penting dalam rantaian bekalan global Boeing dan dengan permintaan yang semakin meningkat di Asia Tenggara, ditambah dengan penerbangan dan aeroangkasa secara lebih meluas, Malaysia akan memainkan peranan penting itu dalam menyokong rantaian bekalan global .

"Boeing amat berterima kasih atas kerjasama, kami menghargai sokongan daripada MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) dan kerajaan Kedah," katanya.

Pada Disember tahun lalu, Boeing mengambil alih sepenuhnya Aerospace Composites Malaysia (ACM) iaitu sebuah usaha sama dengan Hexcel Corporation sejak 2001 sebelum menjenamakan semula kepada Boeing Composites Malaysia yang menyediakan produk komposit dan sub pemasangan untuk semua model pesawat komersial Boeing termasuk 737 MAX dan 787 Dreamliner.

Kilang ini menyediakan kemudahan pembuatan milik penuh Boeing yang pertama di Asia Tenggara yang kini menawarkan kira-kira 1,000 tenaga kerja.

Majlis pelancaran semula Boeing Composites Malaysia itu turut dihadiri Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob; Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan dan EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah.

Menurut Hairil Yahri, Malaysia memerlukan kerjasama ini dalam usaha untuk membangun industri aeroangkasa negara.

"MITI, melalui MIDA dan NAICO Malaysia, komited dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan industri yang pesat, khususnya dalam sektor bernilai tinggi seperti aeroangkasa.

"Kita yakin Boeing mengiktiraf Malaysia lebih daripada mampu untuk menyokong kemahiran yang diperlukan untuk mengeluarkan alat ganti berkualiti untuk pelanggan global mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1291699/boeing-lancar-semula-kilang-pengeluaran-komponen-pesawat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049869 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list