CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47651|Reply: 1

[Pulau Pinang] KL masih selamat, tidak perlu gusar - Perdana Menteri

[Copy link]
Post time 30-8-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
KL masih selamat, tidak perlu gusar - Perdana Menteri

OlehNur Izzati Mohamad - Ogos 30, 2024 @ 4:47pm[email protected]









PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur (KL) adalah bandar raya yang masih selamat untuk dikunjungi.

Berikutan itu, rakyat khususnya pelancong yang ke ibu negara berkenaan tidak perlu gusar dan bimbang susulan kejadian tanah jerlus di Masjid India, Jumaat lalu.

Anwar berkata, beliau sudah melalui kawasan kejadian tanah jerlus itu dan tindakan segera sudah diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi perkara berkenaan.

"(Melalui laporan) tanah mendap (jerlus) itu sudah di 'establish through technical study' dan tidak ada sebarang masalah (ditemui setakat ini).

"Cuma (sekarang) kawasan yang dianggap perlu diperkukuh itu (tanah) kita buat segera (untuk atasi).

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa juga membuat pemantauan dan meneliti setiap hari (perkembangan tanah mendap berkenaan) yang setakat ini belum ada kekurangan (tidak perlu gusar) kerana KL masih selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya berhubung kegusaran orang awam khususnya pelancong yang mula bimbang untuk datang ke KL susulan dakwaan bahawa bandaraya itu sudah tidak selamat untuk dikunjungi.

Ia susulan kejadian tanah jerlus di Masjid India yang menyebabkan seorang pelancong India hilang akibat terjatuh ketika melalui kawasan terbabit, Jumaat lalu.

Sebelum itu, Anwar ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Kubang Semang di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook (FB) yang mendakwa tempat yang paling tidak selamat di Malaysia adalah KL yang berpotensi berlaku 'giant sinkhole' pada bila-bila masa.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter (m) di situ dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kelapan pada hari ini.




Anwar bersalaman dan beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang. - Foto NSTP/Danial Saad
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1292021/kl-masih-selamat-tidak-perlu-gusar-perdana-menteri






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2024 05:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.273746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list