CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47717|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penguasaan Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik perlu ditekankan - PM

[Copy link]
Post time 30-8-2024 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-8-2024 08:01 PM

Penguasaan Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik perlu ditekankan - PM

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

30 Ogos 2024 02:22pm




Anwar menyantuni pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam ketika mengadakan kunjungan ke sekolah tersebut pada Jumaat.




BUKIT MERTAJAM - Penguasaan bahasa Melayu, Inggeris, Matematik dan Sains dalam kalangan generasi muda perlu ditekankan bermula di peringkat sekolah bagi mengelakkan Malaysia ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan cabaran baharu yang perlu dilihat oleh Kementerian Pendidikan (KPM), para pendidik, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.



Menurutnya, dengan peluncuran Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini, sistem pendidikan perlu memberi penekanan kepada subjek Matematik, Sains, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi menyokong pembangunan negara.

"Banyak projek raksasa baharu yang berasaskan teknologi akan dibangunkan, dan jika ini dilakukan, bagaimana dengan sistem pendidikan kita? Subjek Matematik dan Sains perlu ditekankan, bahasa Melayu harus dimantapkan, bahasa Inggeris harus dikembangkan.


"Menguasai bahasa kebangsaan yang baik, sesuai dengan peredaran zaman selain menguasai bahasa Inggeris yang baik bagi menentukan kita boleh bersaing. Ini yang mahu kita tekankan.

"Kita perlu memastikan budaya dan bahasa kebangsaan dimartabatkan supaya kita boleh menggapai penguasaan ilmu baru yang memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang baik," katanya ketika berucap di mengadakan kunjungan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam dekat sini pada Jumaat.


Perdana Menteri berkata, mengukuhkan penguasaan bahasa dan memberi penekanan pelajar di peringkat menengah dan menengah atas untuk menguasai bahasa Inggeris adalah sangat penting.

"Jika kita tidak bertindak, kita akan kalah dalam persaingan ini. Untuk mengekalkan Pulau Pinang sebagai hab global dalam bidang industri berteknologi tinggi dan semikonduktor, anak-anak di sekolah perlu diberi galakkan, rangsangan dan asakan supaya mereka berminat dalam bidang Sains, Matematik dan bahasa Inggeris.




"Penekanan juga perlu diberikan supaya pendidikan mereka menjurus kepada bidang Sains dan teknologi kejuruteraan digital. Cabaran-cabaran ini termasuk soal-soal nilai yang harus direnung dan diambil tindakan oleh KPM dan guru-guru," tambahnya lagi.

Anwar menambah, selain memberi penekanan tersebut, tugas KPM adalah menimba ilmu dalam pelbagai bidang iaitu kokurikulum dan pembacaan luas.

"Sekarang, cabaran bagi pendidik lebih kerana perubahan yang begitu pantas selain disiplin-disiplin baru yang tidak ada dalam kokurikulum. Dan perubahan-perubahan itu mendesak. Dengan peluncuran pelan perindustrian baru, banyak bidang-bidang baru antaranya transformasi digital dan penguasaan media sosial, yang semuanya perlu yang baharu.

"Sebab itu, KPM tidak boleh tinggal aspek penting iaitu menimba ilmu sebaik mungkin. Selain itu, menyemai nilai akhlak dan kebenaran. Kedua-dua ini tidak boleh tinggal kerana ia akan menyebabkan negara tercemar.

"Itu yang berlaku rasuah, salah guna kuasa. Ini kerana, menimba ilmu tetapi tidak menerapkan nilai akhlak dan prinsip kebenaran," ujar beliau.

Beliau berkata, perlu diingatkan dalam menggapai di langit akar di bumi tidak boleh diabaikan.

"Kita harus ingat, sementara kita teroka ilmu baharu, ia seolah-olah kita menggapai di langit, mencapai dan menangkap ilmu baharu, bidang baharu. Menggapai di langit tetapi silap kita, ketika kita menggapai yang di langit, kita tinggalkan akar, tradisi, budaya, akhlak dan agama di bumi.

"Jadi harus ada keseimbangan, menggapai di langit, mengakar di bumi. Ini cabaran-cabaran buat pendidik, pelajar, guru-guru dan ibu bapa.

"Sebab itu, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Alumni memainkan peranan penting dalam memberikan ruang supaya pendidikan kita lebih bermutu," katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang merupakan bekas pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam mengumumkan peruntukkan berjumlah RM500,000 kepada sekolah tersebut iaitu RM225,000 untuk pembinaan surau manakala RM275,000 untuk keperluan mendesak.

https://www.sinarharian.com.my/article/683067/berita/nasional/penguasaan-bahasa-melayu-inggeris-dan-matematik-perlu-ditekankan---pm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.199941 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list