CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11909|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lipas berkeliaran, restoran nasi kandar diarah tutup

[Copy link]
Post time 1-9-2024 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Lipas berkeliaran, restoran nasi kandar diarah tutup


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







LIPAS yang ditemukan di satu daripada empat premis makanan dan minuman di Bukit Jambul, di sini. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Lipas berkeliaran pada bekas simpanan sayur dalam peti sejuk menyebabkan sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul di sini, diarah tutup selama 14 hari, mulai semalam.

Bagaimanapun, penyelia restoran berkenaan akur dengan perintah itu selepas pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut menerusi Op Merdeka.

Pegawai Operasi Unit Kualiti dan Keselamatan Makanan Pejabat Daerah Timur Laut M Shashikumaran berkata, restoran nasi kandar itu antara enam premis yang diarah tutup berikutan pelbagai kesalahan termasuk kebersihan yang tidak memuaskan.

Katanya, kesemua penutupan premis dilakukan mengikut Akta Makanan 1983.

"Operasi yang dijalankan sejak pagi sehingga jam 8 malam itu membabitkan pemeriksaan terhadap 17 premis termasuk restoran jualan nasi padang, nasi beriani, nasi ayam penyet, 'kedai Acheh' dan lain-lain lagi.

"Keseluruhannya sebanyak 21 notis berjumlah RM20,300 dikeluarkan yang mana 17 daripadanya mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan empat lagi mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985," katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Menurut Shashikumaran lagi, pihaknya juga turut merampas barangan yang sudah tamat tempoh selain makanan dengan label tiada alamat pengimport Malaysia.

"Barangan itu seperti minuman susu, biskut dan beberapa makanan harian yang keseluruhannya berjumlah RM2,624.20," katanya lagi.



Disiarkan pada: September 1, 2024 @ 9:25am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1129241/lipas-berkeliaran-restoran-nasi-kandar-diarah-tutup





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2024 10:33 AM | Show all posts

Pegawai penguat kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan terhadap premis makanan menerusi Op Merdeka, semalam. - Foto ZUHAINY ZULKIFFLI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.103711 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list