View: 28752|Reply: 8
|
PDRM kesan penulis artikel dari Indonesia berkaitan kes pemerdagangan manusia
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Polis sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya juga masih mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa terbabit dalam jenayah itu untuk diambil keterangan.
“Siasatan polis adalah berkaitan pembabitan bekas Timbalan Menteri dalam dakwaan pemerdagangan orang, itu sahaja.
“Siasatan juga masih diteruskan dengan mengesan Datuk Seri yang didakwa itu serta penulis-penulis artikel termasuk dari Indonesia, yang perlu dirakam percakapan,” katanya pada Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024, di sini, hari ini.
Baru-baru ini Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata, hanya tiga percakapan yang direkodkan pihaknya setakat ini.
Katanya, setakat ini pihaknya juga masih mengesan sama ada terdapat individu yang melarikan diri selepas dakwaan itu timbul.
“Kita juga akan membuat semakan akaun (bank) dalam meneruskan siasatan berkenaan.
Ditanya mengenai siasatan terhadap laporan pemerdagangan manusia ‘Justice For Myanmar’ yang mengaitkan dengan pelbagai individu termasuk dari Malaysia, Tan Sri Razarudin berkata pihaknya menjalankan siasatan terperinci selepas membuka kertas siasataan pada Julai lalu.
Sumber – Buletin TV3 |
|
|
|
|
|
|
|
haaa cuak ler tu.. edisi siasat bongkar2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap je semua indongsial tu.. datang merempat kat malaysia cari duit lepas tu buat taik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 3-9-2024 10:14 AM
Dengan data-data yang ada ...PDRM sedang "Berburu" di dalam Zoo ....Jikapun "Siasat PDRM gagal" maka perlu dicek "Nawatu" nya .... Diduga untuk "melindungi" orang-orang yang terlibat case pemerdagangan manusia itu .......
|
|
|
|
|
|
|
|
Good lick la.. jo lo pun tak nampak bayang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni ke yg dr mashitah terlibat tu? Sheols mastemind |
|
|
|
|
|
|
|
"PUTRAJAYA: Polis sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri."
Kalau tak dapat kesan penulis tu adakah akan dianggap sebagai gosip semata?
Semalam Tok Sohai cakap OKG ada pegi Myanmar tapi sebab urusan Real Estate aje.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 5-9-2024 11:25 PM
Kenapa dgn penulis artikel tu ?
Tak faham
Mesti maklumat tu dah sampai ke Europe dan USA kan...so image Malaysia tercemar....sebelum ni buat bodo je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|