CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98567|Reply: 1

[Kedah] Maritim Malaysia gagal cubaan seludup 400kg ketum melalui Kuala Kedah

[Copy link]
Post time 7-9-2024 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Maritim Malaysia gagal cubaan seludup 400kg ketum melalui Kuala Kedah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 7, 2024 @ 6:31pm [email protected]







Maritim Malaysia gagalkan cubaan menyeludup 400kg ketum ke negara jiran melalui perairan Kuala Kedah. - Foto ihsan Maritim Malaysia





ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup 400 kilogram (kg) ketum ke negara jiran melalui perairan Kuala Kedah, di sini, malam semalam.

Ia susulan rampasan ketum terbabit selepas bahan berkenaan yang dimuatkan dalam 40 bungkusan plastik hitam ditemui berlonggokan di kawasan jeti persendirian di Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata rampasan itu dilakukan susulan pengesanan maklumat risikan berkaitan sindiket tempatan yang masih bergiat aktif melakukan aktiviti menyeludup keluar daun ketum ke negara jiran.

Beliau berkata, sebuah bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak untuk melakukan pengesanan dan serbuan menerusi Op Aman.

"Sewaktu rondaan di sekitar muara, anggota mengesan beberapa bungkusan plastik hitam dilonggokkan di atas jeti persendirian dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai menunggu masa untuk diambil bot untuk diseludup.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan 40 bungkusan plastik hitam yang mengandungi bungkusan-bungkusan kecil disyaki daun ketum dengan anggaran berat 400 kilogram bernilai RM4,000.

"Semua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum itu dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut," katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau berkata, siasatan mendapati modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran masih berlaku, namun tidak serancak sebelum ini, disebabkan negara jiran sudah membenarkan penanaman ketum di sana.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1295438/maritim-malaysia-gagal-cubaan-seludup-400kg-ketum-melalui-kuala-kedah






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 09:41 AM | Show all posts
OMG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037744 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list