CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20942|Reply: 3

[Pulau Pinang] 'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan, pelajar dibantu jadi anak angkat

[Copy link]
Post time 9-9-2024 07:30 AM | Show all posts |Read mode
'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan, pelajar dibantu jadi anak angkat


Oleh BERNAMA - September 8, 2024 @ 9:57pm






Sim (tengah) ketika bertemu dengan Zaidil Adha (kiri) dan Zi Yang di sebuah restoran di Georgetown, hari ini. - Foto ihsan FB Steven Sim Chee Keong




GEORGETOWN: Pensyarah Politeknik Balik Pulau, Mohd Zaidil Adha Mat Hussin yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia kerana membantu seorang penuntut baharu berbangsa Cina sehingga tular menerusi media sosial Julai lalu, menerima penghargaan daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Penghargaan dalam bentuk wang ganjaran RM1,000 dan sijil disampaikan sendiri Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dalam satu pertemuan khas bersama Mohd Zaidil Adha bersama pelajar berkenaan, Lim Zi Yang di sebuah restoran di sini.

Menerusi catatan didedikasikan khas buat pensyarah terbabit, Sim yang turut memuat naik foto pertemuan itu di Facebook rasminya memberitahu pihaknya memutuskan untuk memberikan penghargaan itu selepas tersentuh dengan usaha murni Mohd Zaidil Adha yang berkhidmat menjangkau tugas hakiki dengan membantu pelajar dalam kesusahan.

Sim berkata, pihaknya juga menyumbang RM3,000 kepada Zi Yang, malah lebih manis pelajar berkenaan turut dijadikan anak angkatnya dan akan diberikan elaun RM200 setiap bulan sehingga tamat belajar di politeknik.

Dalam catatan berkenaan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu yang menggambarkan Mohd Zaidil Adha umpama 'pensyarah dari syurga' bersyukur kerana masih ada orang yang baik seperti beliau.

"Kisah Zaidil dan Lim (Zi Yang) menzahirkan nilai-nilai Malaysia MADANI. Tanpa mengenal bangsa dan agama, kita sama-sama membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni untuk semua, selama-lamanya," menurut catatan itu.

Mengimbau kembali kisah dua insan terbabit, Sim berkata Zi Yang yang berasal dari Johor datang seorang diri ke Pulau Pinang menaiki bas kerana bapanya hanya mampu membeli satu tiket disebabkan kekangan kewangan kerana bukan berasal daripada keluarga berada.



Zaidil Adha (kanan) ketika membantu Zi Yang yang berdepan masalah pertama kali sampai ke Pulau Pinang untuk mendaftar di politeknik. - Foto ihsan FB Steven Sim Chee Keong

Ia juga kali pertama Zi Yang keluar dari kampung halamannya di Batu Pahat dan Mohd Zaidil Adha yang banyak membantu memberikan panduan untuk sampai ke politeknik, tetapi malangnya mungkin kerana terlalu gementar Zi Yang tersalah mengambil beg dan hanya sedar ketika tiba di asrama.

Mohd Zaidil Adha bersama Zi Yang kemudian berpatah balik ke Terminal Bas Penang Sentral di Butterworth memandangkan beg terbabit hanya boleh diambil di situ.

"Ketika dalam perjalanan pulang, Zaidil terdengar bunyi perut adik Lim (Zi Yang) rancak berkeroncong. Maka, terjadilah satu perkara indah yang saya cukup bangga menggelar diri saya sebagai anak Malaysia. Encik Zaidil mengajak adik Lim (Zi Yang) makan sampai kenyang dan belikan sedikit barang keperluan di Lotus's sebelum mereka pulang ke Balik Pulau," menurut catatan itu.

Kisah mereka turut tular dalam media sosial dan mendapat pujian rata-rata rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1295886/pensyarah-dari-syurga-terima-penghargaan-pelajar-dibantu-jadi-anak






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 09:46 AM | Show all posts
Ini kisah yang kita mahu dijadikan inspirasi

Comments

ya betul.  Post time 9-9-2024 09:53 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:54 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 10-9-2024 06:31 AM

Saya terbaca kisah ni masa student tu baru sampai dan dibantu oleh pensyarahnya,  sebak masa baca tu, humanity tidak kenal bangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069230 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list