View: 41667|Reply: 20
|
Sultan Ibrahim beri amaran tarik darjah kebesaran jika cemar nama negara
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi amaran akan menarik semula darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan jika ada daripada mereka terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah.
Baginda bertitah, semua penerima darjah kebesaran Persekutuan untuk sentiasa jujur, amanah dan menjaga tingkah laku.
“Sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala darjah dan pingat kebesaran akan ditarik balik. ‘Good bye to it’ (selamat tinggal kepadanya),” titah Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah pada Istiadat menghadap dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Turut berangkat di istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, Baginda menilai setiap satu pencalonan yang dibawa oleh kerajaan dan banyak pihak yang menaruh harapan untuk mendapatkan darjah kebesaran.
“Ada juga yang terpedaya dan ditipu oleh agen-agen yang mengambil kesempatan. Malah, ramai juga yang melobi saya untuk mendapatkan darjah ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’. Kenapa saya hendak melayan semua ini?.
“Pertimbangan dibuat kepada calon yang betul-betul layak serta yang telah berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, masyarakat dan negara,” titah Seri Paduka Baginda.
Pada istiadat berkenaan, seramai 116 penerima diperkenankan untuk menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat di Istana Negara, hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
datuk menteri yang turun naik mahkamah atas tuduhan rasuah semua tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Baru jer tengok ada satu babak lelaki chubby menerima pingat di fb. Agong cucuk perut that guy tak tau ler bergurau atau isyarat undur ke belakang sikit .. Senyum2 malu lelaki tu sambil berlalu.. Agong jeling jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
kepala scammer pun ada datok bagai skrg ni.. harap dapat spot check semua pemegang title ni dan revoke mana yg bermasalah.. buang kerakyatan pun boleh sbb ada yg dah melampau sangat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo pelaku tu kerabat²??
Leh strip title dakk?
Pangai huduh pn leh busukkn nma negara gk. |
|
|
|
|
|
|
|
Farnor replied at 10-9-2024 01:50 AM
Baru jer tengok ada satu babak lelaki chubby menerima pingat di fb. Agong cucuk perut that guy tak ...
Katenyeh tuh dia punyah gardener yistana |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 10-9-2024 09:07 AM
Katenyeh tuh dia punyah gardener yistana
Gardener pangkat tertinggi dah yer.. Ingatkan kena warning. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak jadi gundik istana |
|
|
|
|
|
|
|
Byk dah gelarn dato ni kat malaysia..dah x exclusive..artis yg tah pape pun dpt gelarn dato |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 10-9-2024 10:31 AM
teringin nak jadi gundik istana
Nak jadi gundik, bkn ka pompan jahh?
Hang salah jantina lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gitu nak jadi lelaki simpanan maharaja
|
|
|
|
|
|
|
|
Ilgiying: Byk dah gelarn dato ni kat malaysia..dah x exclusive..artis yg tah pape pun dpt gelarn dato
yg ni aku setuju. entah sapa2 je blh dpt gelaran dato
|
|
|
|
|
|
|
|
Malas mak komen. Nanti masuk lokap |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Goh....tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 10-9-2024 10:31 AM
teringin nak jadi gundik istana
Sisssy |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 10-9-2024 02:35 PM
kalau gitu nak jadi lelaki simpanan maharaja
Maharaja ada ka laki simpanan.. deme ada sida jahh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Si gems pata timo tu bagi malu msia mcm mana pulak, ambil cuti sakit g kawin diam2 dgn kokesen seksi walau imej jubah kat tanahair, walaupun sebenarnya dah kawin pun rupanya selama tu, lps tu cerai bini baru tanpa bini tahu, burukkan imej agama dan negara, ada anak siap tak mengaku, ntah apa2 pepuak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak cina scammer latok running around. Itu ke yang penting? How about keluar tulisan cina masa hari kemerdekaan? What an insult to rejimen askar melayu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|