CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19066|Reply: 3

Orang Hilang : Polis kesan Tamillarsy hilang sejak 21 Ogos lalu

[Copy link]
Post time 11-9-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode





BENTONG – Polis giat mengesan seorang wanita, V. Tamillarsy, 32, yang dilaporkan hilang daripada rumahnya di Kampung Sungai Cherpai, Karak di sini.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita berkenaan yang telah berkahwin dikatakan kali terakhir dilihat di rumahnya pada 21 Ogos lalu.


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999.


“Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis di bawah pentadbiran IPD Bentong,”katanya di sini hari ini.


Menurutnya polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dibuat abang mangsa pada pukul 10.33 pagi, 22 Ogos lalu.


Katanya kes tersebut dikategorikan sebagai Orang Hilang dan usaha mengesan mangsa giat dilakukan.


Katanya, wanita berkenaan berkulit hitam manis dengan ketinggian 165 sentimeter dan berat 60 kilogram serta berbadan sederhana.


Tambahnya kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai baju berwarna merah dan biru serta berseluar jean.


Kredit: KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 08:48 AM | Show all posts
banyaknya kes org hilang sekarang ni. dulu budak2 je ni dah tua pun hilang jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 10:28 AM | Show all posts
abang dia yg buat report bukan suami, harap jumpa segera dan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:09 PM | Show all posts
hotmak replied at 11-9-2024 10:28 AM
abang dia yg buat report bukan suami, harap jumpa segera dan selamat

abang yg report, bukan laki?
bakalan jadi macam kes cina itu hari ke? habis family in law berangkut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047910 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list