View: 34764|Reply: 22
|
'ABPBH dulu saya pernah undi Siti' - Ernie Zakri
[Copy link]
|
|
Sebagai antara peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi, Ernie Zakri, 32, mengakui dia pernah mengundi penghibur nombor satu negara itu di dalam pencalonan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) suatu ketika dulu.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri ketika ditemui berkata, ketika itu dia berusia belasan tahun dan sanggup membeli surat khabar untuk menghantar undian buat penyanyi diminatinya itu.
"Waktu itu kalau nak mengundi artis kesukaan di APBBH memang kena beli surat khabar. Jadi, disebabkan saya adalah peminat Datuk Siti dan umur masa itu pun baru 13 atau 14 tahun, kita beli sajalah (surat khabar).
"Saya pula memang nak mengundi juga sebab tahu ABPBH itu adalah satu anugerah yang besar. Apatah lagi, bila kita sendiri minat seseorang artis, maka saya tahu apa perasaan sebagai peminat.
"Oleh itu, saya sangat menghormati dan menghargai apa yang peminat saya buat untuk saya sekarang," kepada selepas sesi rakaman 'podcast' sempena ABPBH Ke-36 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.
Menurut Ernie, sebagai antara artis yang dicalonkan di ABPBH36 kali ini pula, dia gembira dan berbangga apabila mempunyai kelab peminat, Erninators yang aktif dan sanggup bertungkus-lumus menghantar undian buatnya.
"Mereka ini kalau dah meminati dan menyayangi kita sebagai artis, memang sanggup memberikan sokongan termasuk mengundi. Saya faham apa yang mereka buat sekarang, terutama Erninators dan terima kasih diucapkan.
"Apapun, saya masih ingat lagi macam mana perasaannya apabila artis yang kita undi kerana sangat diminati itu berjaya dinobatkan sebagai pemenang. Rasanya sangat puas hati dan seronok yang tidak terhingga.
"Begitu juga apabila Siti diumumkan menang di ABPBH dulu, saya sendiri pernah berfikir yang beliau berjaya menang disebabkan undian saya. Sama juga macam sekarang, saya fikir bila menang mesti semua itu kerana usaha peminat yang buat untuk saya," katanya.
Pada ABPBH 36 kali ini, Ernie berbangga dia berjaya dicalonkan dalam dua kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular menerusi lagu Masing-Masing bersama penyanyi dan komposer Indonesia, Ade Govinda.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Strategi menagih undi dari zoners ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak undi makcik sendiri ke ? Ke ZZ ms tu x lepas top 5 ? |
|
|
|
|
|
|
|
pengkhianat
patutnya undi mak long kau
|
|
|
|
|
|
|
|
btw anuar zain tak pernah menang abpbh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala bukan mak sedara betul pun kan? Mak sepupu ke? ke memang anak sedara ZZ yg betul? anak sapa? |
|
|
|
|
|
|
|
abp dulu meriah... calon2 pun sengit... host pun best... skrg calon top 5 pun 5/5 iols tak kenal. voley?
|
|
|
|
|
|
|
|
espri6006 replied at 13-9-2024 10:58 AM
Ala bukan mak sedara betul pun kan? Mak sepupu ke? ke memang anak sedara ZZ yg betul? anak sapa?
Mak dia dgn ziana sepupu kan...bukan mak sedara betol.
Lgpon ziana zaman 2000an tu cuma lepas top 5 2x je, 2001 dan 2004. Zaman tu nama2 misha, sarah, ezlyn, waheeda, dayang, jaclyn, yuna, stacy, mila yg banyak bolos ke top 5 walaupon x pernah diorg menang sbb siti conquer 1996 sampai 2009. Zaman ziana sekejap je. 1995 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 12-9-2024 11:29 PM
Tak undi makcik sendiri ke ? Ke ZZ ms tu x lepas top 5 ?
Ziana lepas top 5 banyak masa 90an. Ernie pon lahir 1992. Ziana lepas top 5 zaman 9an tahun 1992, 1993, 1997/1998, 1998/1999 dan merasa la menang sekali 1995.
2000an ziana top 5 cuma 2001 dan 2004 je. Ni pon zaman ziana dah suam suam kuku.
Tp okla merasa nek jena pegang trofi sekali. Ramai je penyanyi femes lain yg x penah menang trofi penyanyi wanita tu mcm sheila majid, nora, dayang, misha, shima, fauziah latiff (tp jee pernah menang abpbh kategori penghibur wanita popular). |
|
|
|
|
|
|
|
Alololoh comeynya ingat siti menang sbb undian dia hehe.. padahal kalo tak undi pun confirm2 menang.. mcm sesetangah retis yg iols minat skrg, tak payah undi pon takpe sbb ramai lg buat kerja coz dah memang femes. Lagi best undi yg underdog. Baru terasa mcm dorang menang sbb kita undi |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 13-9-2024 11:37 PM
Mak dia dgn ziana sepupu kan...bukan mak sedara betol.
Lgpon ziana zaman 2000an tu cuma lepas top ...
Mak saudara betul lah. Mak dia adik beradik dgan zz n nuar jeng |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia dgn ziana sepupu kan...bukan mak sedara betol.
Lgpon ziana zaman 2000an tu cuma lepas top 5 2x je, 2001 dan 2004. Zaman tu nama2 misha, sarah, ezlyn, waheeda, dayang, jaclyn, yuna, stacy, mila yg banyak bolos ke top 5 walaupon x pernah diorg menang sbb siti conquer 1996 sampai 2009. Zaman ziana sekejap je. 1995 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia dgn ziana sepupu kan...bukan mak sedara betol.
Lgpon ziana zaman 2000an tu cuma lepas top 5 2x je, 2001 dan 2004. Zaman tu nama2 misha, sarah, ezlyn, waheeda, dayang, jaclyn, yuna, stacy, mila yg banyak bolos ke top 5 walaupon x pernah diorg menang sbb siti conquer 1996 sampai 2009. Zaman ziana sekejap je. 1995 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah ko nk menang Ernie,, huhuu.. Mcm kene jmpi je x menang menang |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la nok, aku pun tak pernah minat kau tapi aku pun pernah undi lizah. 2 kali aku undi lizah. hantar borang dengan kawan bapok2 sekolah iols. kad raya pun iols pernah hantar pada lizah & masa tu lizah ada show raya dekat angkasapuri. hujung2 sorang biduanita negara kak pah yg balas ucapan raya iols melalui fb siap titipkan doa buat iols.. lizah tak pernah la balas kad iols cuma balas kritikan iols melalui komen dekat ig. begitu gah nya kurex sampai lizah pun balas komen kritikan kurex.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 14-9-2024 06:09 AM
Mak saudara betul lah. Mak dia adik beradik dgan zz n nuar jeng
Bukan lah. Mak ernie bukan adik beradik ziana.
Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain. Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 14-9-2024 07:36 AM
ntah la nok, aku pun tak pernah minat kau tapi aku pun pernah undi lizah. 2 kali aku undi lizah. han ...
Sharifah aini main fb?
Main dari dalam kubor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 14-9-2024 02:07 PM
Bukan lah. Mak ernie bukan adik beradik ziana.
Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada ...
Lahhh. Kisahnya… Motip dia pggil maklong paklong bagai ? Selalu kalau dh jauh pertalian pggil pakcik makcik jah. Pakcik nuar makcik zenahh |
|
|
|
|
|
|
|
Team Erni ni sendu dan lembab sampai karier erni ni sentiasa dibawah par. AA gerak sendiri n boleh atur sendiri ikut suka. Team dia perform ya... |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 14-9-2024 02:08 PM
Sharifah aini main fb?
Main dari dalam kubor ke?
dulu masa dia hidup.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|