CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10983|Reply: 0

[Kedah] Rumah dihempap pokok tumbang awal pagi, lelaki parah di kepala

[Copy link]
Post time 17-9-2024 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Rumah dihempap pokok tumbang awal pagi, lelaki parah di kepala


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 17, 2024 @ 8:05am [email protected]







Kejadian pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba




SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kepala apabila rumahnya dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.18 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, pasukan dari BBP Amanjaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rofae Samsuiman bersama lapan anggota bergegas ke lokasi.

"Setiba di lokasi, didapati pokok tumbang menghempap sebuah rumah kelas B sehingga menyebabkan lelaki berusia 34 tahun itu parah di kepala.

"Tindakan awal dilakukan anggota bomba ialah mengeluarkan mangsa dari rumah terbabit. Lelaki itu juga diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azahari berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, operasi pembersihan pokok tumbang diteruskan oleh anggota bomba di lokasi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1299197/rumah-dihempap-pokok-tumbang-awal-pagi-lelaki-parah-di-kepala






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043181 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list