CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12026|Reply: 0

[Perlis] Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan di Perlis

[Copy link]
Post time 17-9-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan di Perlis


September 17, 2024 @ 10:52am







Orang ramai berpusu-pusu memasuki Thailand sempena cuti sekolah di Malaysia sekarang. Foto ihsan Jabatan Imigresen




KANGAR: Seramai 23,890 warga Malaysia direkodkan keluar ke Thailand melalui dua pintu sempadan negara di Perlis iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar serta Wang Kelian sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia semalam.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib, berkata jumlah itu bagi tempoh 12 hingga 15 September lalu dengan ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang, manakala 7,399 orang lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.

"Jumlah ini dijangka berlaku peningkatan sehingga hujung cuti persekolahan," katanya melalui aplikasi pesanan WhatsApp hari ini.

Khairul Amin mengingatkan warga Malaysia yang ingin bercuti ke negara jiran itu perlu memastikan dokumen perjalanan masih sah dan mengharapkan keprihatinan mereka bersabar menghadapi kesesakan di pintu sempadan dalam tempoh cuti sekolah ini. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299269/lebih-23000-rakyat-malaysia-ke-thailand-melalui-pintu-sempadan-di






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.058250 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list