CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41153|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pantau keselamatan anak ketika banjir kilat cuti sekolah - Fadhlina

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Pantau keselamatan anak ketika banjir kilat cuti sekolah - Fadhlina


Oleh Nur Izzati Mohamad - September 17, 2024 @ 4:20pm [email protected]







Fadhlina (tengah) meninjau kejadian banjir yang berlaku di Kampung Sungai Kechil. NSTP/DANIAL SAAD





NIBONG TEBAL: Ibu bapa diminta memantau keselamatan anak sepanjang cuti sekolah ini bagi mengelak mereka bermain air ketika musim banjir yang mungkin menyebabkan berlaku kejadian tidak diingini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beberapa kawasan termasuk di Parlimen Nibong Tebal kini mengalami banjir kilat yang menyebabkan banyak rumah dan premis perniagaan dinaiki air susulan hujan lebat.

Susulan itu, beliau berkata, keselamatan semua pihak khasnya anak yang sedang bercuti sekolah perlu diutamakan, selain meminta kerjasama semua agensi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Kebetulan (ketika ini) musim cuti sekolah, jadi saya meminta ibu bapa memantau keselamatan anak mereka supaya sentiasa berada di tempat yang selamat.

"Pada masa sama, kita sedaya upaya mengatasi krisis banjir kilat ini dengan semua agensi dikerah ke lokasi terbabit termasuk membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," katanya ketika meninjau beberapa lokasi di Nibong Tebal yang dilanda banjir kilat, di sini, hari ini.

Dianggarkan 70 lokasi di Seberang Perai dilaporkan dilanda banjir kilat dan kejadian pokok tumbang susulan hujan lebat yang berlarutan sejak awal pagi tadi.

Dua kejadian banjir kilat berlaku di daerah Seberang Perai Utara termasuk satu insiden pokok tumbang di Jalan Siram, di sini, yang menghempap sebuah kereta dinaiki seorang wanita dipercayai sedang hamil.

Di daerah Seberang Perai Tengah, kejadian banjir kilat berlaku di 42 lokasi, manakala daerah Seberang Perai Selatan membabitkan 26 lokasi.

Sementara itu, Fadhlina mengingatkan semua pihak bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan susulan keadaan cuaca ketika ini masih kurang baik.

"Setakat ini ada antara lima hingga enam kampung dinaiki air. Ada rumah yang tidak pernah banjir tetapi kini ditenggelami banjir kilat.

"Jadi, saya nasihatkan kepada mereka yang terpaksa pindah ke PPS untuk mematuhi arahan demi keselamatan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299445/pantau-keselamatan-anak-ketika-banjir-kilat-cuti-sekolah-fadhlina






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.115522 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list