CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15976|Reply: 0

[Kedah] 8 sungai di Kedah masih melepasi paras bahaya

[Copy link]
Post time 18-9-2024 09:30 AM | Show all posts |Read mode
8 sungai di Kedah masih melepasi paras bahaya

Zuliaty Zulkiffli[email protected]







PARAS air yang melepasi tahap bahaya. FOTO Aizat Sharif





Alor Setar: Aras air di lapan sungai di negeri ini terus melepasi tahap bahaya setakat 7 pagi tadi.

Paras tujuh daripada sungai berkenaan menunjukkan trend menaik, manakala satu daripadanya menunjukkan penurunan.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan tiga sungai di daerah Kubang Pasu, dua sungai di daerah Kota Setar dan masing-masing satu di Yan, Padang Terap serta Pendang.

Tiga sungai di daerah Kubang Pasu iaitu Sungai Terap di Kepala Batas mencatatkan bacaan 4.21 meter (m) yang melepasi tahap bahaya 3.8 m.

Selain itu, dua lagi sungai di daerah sama iaitu Sungai Bata, di Kampung Bata mencatatkan bacaan 9.39 m (tahap bahaya, 9.14 m), manakala Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, 22.95 m (tahap bahaya, 21.6 m).

Di Kota Setar, Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan bacaan 3.19 m (tahap bahaya, 2.6 m) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR menunjukkan bacaan 1.94 m (tahap bahaya, 1.7 m.

Dalam pada itu, Sungai Titi Kerbau, Kubur Panjang di daerah Pendang pula mencatatkan bacaan 6.36 m (tahap bahaya, 6.3 m).

Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap pula mencatatkan bacaan 14.83 m (tahap bahaya, 14.2 m).

Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan Pula mencatatkan bacaan 3.68 m (tahap bahaya, 3.5 m).



Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 8:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135045/8-sungai-di-kedah-masih-melepasi-paras-bahaya




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037073 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list