CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14340|Reply: 1

[Pulau Pinang] Mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat

[Copy link]
Post time 18-9-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat


Oleh Nur Izzati Mohamad - September 18, 2024 @ 10:10am [email protected]







Foto hiasan





BUTTERWORTH: Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Seberang Perai bertambah daripada tujuh kepada 11 susulan mangsa banjir meningkat.

Empat PPS dibuka di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (lima) dan dua lagi di Seberang Perai Selatan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang setakat jam 7.30 pagi tadi, terdapat 556 mangsa membabitkan 147 keluarga ditempatkan di kesemua PPS berkenaan.

Ketika ini, Sungai Muda di Bumbung Lima, dekat sini menunjukkan bacaan aras air melebihi tahap bahaya manakala Sungai Lahar Endin di tahap berwaspada.

Terdahulu media melaporkan tujuh PPS di Seberang Perai dibuka bagi menempatkan 77 mangsa membabitkan 25 keluarga yang kediaman mereka terjejas susulan banjir kilat melanda semalam.

Kira-kira 70 lokasi di Seberang Perai dilaporkan berlaku banjir kilat dan insiden pokok tumbang berikutan hujan lebat serta angin kencang semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Amaran itu dikeluarkan hasil analisis beberapa model cuaca dijalankan MetMalaysia terhadap penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah yang dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Keadaan itu, kata MetMalaysia, berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terbabit, serta angin kencang serta laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, kerajaan negeri menerima hampir 200 aduan pokok tumbang, termasuk membabitkan rumah dan kenderaan di beberapa lokasi di negeri itu akibat kejadian ribut dan hujan lebat dalam tempoh tiga hari setakat jam 12 tengah hari semalam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299707/mangsa-banjir-di-pulau-pinang-meningkat






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 11:10 AM | Show all posts

Penduduk Kampung Sungai Kechil di sini menyelamatkan barang apabila rumah mereka ditenggelami banjir, hari ini. FOTO BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041383 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list