View: 14629|Reply: 13
|
Saintis beri amaran penipisan lapisan ozon paling teruk di Kutub Selatan, Antartika
[Copy link]
|
|
ANKARA – Saintis-saintis memberi amaran bahawa lapisan ozon Bumi semakin menipis sejak ia diperhatikan pada 2020, dengan penipisan paling ketara berlaku di Kutub Selatan dan Antartika, lapor agensi berita Anadolu semalam.
Menurut seorang pakar dari Universiti Marmara di Istanbul, Mete Tayac, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia dan hidupan di muka Bumi daripada sinaran ultraungu yang berbahaya.
“Jika tiada lapisan ozon, dunia akan melihat kesan negatif seperti penuaan kulit pramatang, kanser kulit seperti melanoma, gangguan sistem imunisasi, katarak awal pada manusia dan gangguan proses fotosintesis dalam tumbuhan.
“Tiga faktor utama yang menyebabkan penipisan lapisan ozon adalah klorofluorokarbon (CFC), bahan zarah dan cahaya matahari,” kata Tayac.
Sebelum ini, amaran mengenai kehilangan lapisan ozon mula dibangkitkan pada 1980-an, yang disusuli dengan pelaksanaan Protokol Montreal 1989.
Protokol tersebut merupakan perjanjian antarabangsa yang bertujuan melindungi lapisan atmosfera, dengan menghapuskan pengeluaran bahan kimia secara beransur-ansur.
“Apabila Protokol Montreal pertama kali dilaksanakan, bahan kimia yang memusnahkan ozon dijangka dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus menjelang 1999. Matlamat ini kemudian disemak semula.
“Pindaan London yang ditandatangani pada 1990, menetapkan sasaran baharu untuk mengharamkan semua gas penipisan ozon menjelang 2000. Walaupun terdapat pengurangan ketara, beberapa bahan ini masih digunakan dalam kuantiti yang kecil pada hari ini,” tambahnya.
Penipisan lapisan ozon berterusan dengan ketara sejak 2020.
“Jumlah paras ozon semakin menurun menyebabkan kawasan yang terjejas semakin berkembang.
“Sehingga 9 September 2024, saiz lubang lapisan ozon mencapai ukuran lebih besar daripada 10 juta kilometer persegi,” tambah Tayac. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
lubang ozon ni kena tengok bila dia ukur. bulan december-Jun, kecik je. Pertengahan bulan september, paling besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti berpunca dari neutrino detector ni. Pancar sinaran sana sini.
-ostad pakar serba tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni Kutub Selatan ye...Kutub Utara ozone layer improving |
|
|
|
|
|
|
|
Akibat signal 5G la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 18-9-2024 11:42 AM
Ni Kutub Selatan ye...Kutub Utara ozone layer improving
Apa yg menyebabkan utara is getting better? |
|
|
|
|
|
|
|
Merepek saintis ni...mana ada manusia kat antartika
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat yg iols tahu, mostly banyak negara signed Montreal Protocol utk phase out production & jugak penggunaan Ozone Depleting Substance (ODS) macam CFC yg guna kat peti ais, aircond, aerosol etc. On top of that, ada new amendment kat Montreal Protocol tu by adding Kigali Amendment in 2016 yg secara meluas phasing out in detail jenis2 hydroflurocarbon & clorofluorocabon based chemical dgn alternatif yg lain. Effort ni started since 1987. So almost 40 years, hasilnya seperti yg kita nampak sekarang. Provided takde lagi yg gatal guna secara haram lah...
Yg kat kutub selatan tu...ntahlah...mcm2 teori ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tenkiu2...tu la yg selatan masih lg membesar..mentang2 byk negara 3rd world country duk selatan (kecuali oz dan nz). |
|
|
|
|
|
|
|
Isu ozon ni dah slow down dan dibayangi isu lebih besar,iaitu climate change. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara negara populasi tinggi dan semakin meningkat spt India, Indonesia, banyak kat sebelah selatan. Semakin bertambah populasi semakin bertambah pelepasan greenhouse gases dan semakin bertambah penggunaan sumber bumi sedangkan bilangan pokok untuk menyerap gas karbon dioksida semakin berkurang akibat semakin banyak pokok ditebang untuk membuat rumah rumah dan penempatan baharu akibat pertambahan populasi. |
|
|
|
|
|
|
|
link: Bizarre polar vortex over Antarctica delayed ozone hole opening, scientists say
Sudden and rare warming events in Antarctica may have delayed the arrival of the ozone hole that appears above the frozen continent every year, scientists say.
These warming events likely impacted a swirl of winds known as the southern polar vortex, which in turn affected the ozone hole's formation, the researchers say.
The delay is due to two warming episodes that deformed the southern polar vortex earlier this year, according to the statement. On separate occasions in July and August, temperatures in the stratosphere above Antarctica increased by 27 and 31 degrees Fahrenheit (15 and 17 degrees Celsius), respectively. Such warming events are rare over the South Pole, the researchers noted, but they're more common over the North Pole.
It's unclear what caused the two warming events, but NASA scientists noted highly unusual weather in the troposphere (the layer of the atmosphere directly above Earth) over Antarctica in July, with temperatures reaching record-high levels. Variations in sea surface temperatures and sea ice can propagate up into the stratosphere, "but the attribution of why these systems develop is really difficult to do," Paul Newman, an atmospheric scientist at NASA's Goddard Space Flight Center, said in a separate statement.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|