CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12437|Reply: 0

[Perlis] Ibu berpantang, bayi 21 hari antara mangsa banjir di Perlis

[Copy link]
Post time 18-9-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Ibu berpantang, bayi 21 hari antara mangsa banjir di Perlis


Oleh Aizat Sharif - September 18, 2024 @ 12:34pm [email protected]







APM Perlis membawa penduduk Kampung Titi Besi, Arau termasuk bayi berusia 21 hari untuk dipindahkan ke PPS Dewan SK Arau selepas banjir melanda kampung itu. - Foto ihsan APM Perlis





ARAU: Hasrat seorang wanita untuk berpantang di rumah ibunya selepas melahirkan cahaya mata 21 hari lalu terbantut selepas rumah mereka di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air akibat hujan lebat di seluruh Perlis sejak kelmarin.

Noor Masizwani Mustam, 24, bersama anak perempuan yang baru lahir dan ahli keluarganya yang lain diselamatkan sepasukan anggota Angkatan Pertahan Awam (APM) Perlis bagi tujuan pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau.

Ibu Noor Masizwani, Asmini Hashim, 50, berkata ketika hujan mereka yang mendiami kediaman di kampung itu sudah faham akan musibah yang bakal dihadapi.

"Setiap kali hujan berjam-jam lamanya, kami di sini sudah faham kerana itu petanda kawasan ini akan dilanda banjir.

"Tambahan pula rumah kami berdekatan sungai, jadi kami akan bersiap sedia untuk menyelamatkan barang yang penting sebelum berpindah.

"Anak saya (Noor Masizwani) tinggal di Beseri, namun selepas kelahiran cucu saya itu, anak saya mahu berpantang di rumah ini tetapi tidak sangka pula dalam tempoh berpantang berlaku hujan sehingga banjir," katanya ketika ditemui di PPS Dewan SK Arau, hari ini.

Beliau berkata, memikirkan keselamatan anak dan cucunya itu, dia dan suami, Mustam Mokhtar, 61, segera mendapatkan bantuan APM Perlis untuk memindahkan mereka termasuk anak dan cucunya yang baru lahir.

"Hujan pada mulanya berlaku sekitar jam 4.30 pagi kelmarin, tetapi ia tidaklah membawa sehingga banjir namun kami sudah berada dalam keadaan siap sedia.

"Cuaca agak mendung semalam sehingga hujan sekali lagi berlaku dan air Sungai Arau pun melimpah membanjiri kediaman di kawasan ini, sekali gus menyebabkan kami semua perlu berpindah," katanya.

Seorang lagi mangsa, Zaid Ahmad, 25, berkata air sungai begitu cepat naik sehingga memasuki rumahnya dengan memcapai paras betis.

"Mujurlah kejadian sebelum ini banyak mengajar kami untuk membuat persediaan awal dengan menyelamatkan barang dan dokumen penting dahulu," katanya.

Tinjauan di Kampung Titi Besi juga mendapati, air masih bergenang di kebanyakkan rumah di kampung itu.

Terdahulu, EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana dan Alam Sekitar Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Megat Hashirat Hassan meninjau PPS Dewan SK Arau.

Kebanyakkan mangsa diberikan pemeriksaan kesihatan oleh petugas perubatan yang ditempatkan di PPS itu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299794/ibu-berpantang-bayi-21-hari-antara-mangsa-banjir-di-perlis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.210697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list