CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12134|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah meningkat 2,618 orang

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah meningkat 2,618 orang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 18, 2024 @ 12:44pm [email protected]







Datuk Zulkhairi Zainol Abidin. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





PENDANG: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 2,618 orang daripada 482 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir setakat tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin, berkata enam daerah terjejas termasuk Kuala Muda, Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Kulim dan Pokok Sena dengan Pendang paling ramai membabitkan mangsa banjir.

"Keseluruhan mangsa banjir di Kedah adalah seramai 2,618 mangsa daripada 482 keluarga ditempatkan di 14 pusat termasuk yang baharu dibuka di seluruh negeri membabitkan enam daerah," katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Rakan Sukan Pendang, di sini hari ini.

Zulkhairi berkata, terdapat beberapa keluarga didapati enggan berpindah ke pusat pemindahan berhampiran atas sebab peribadi.

Katanya, ada segelintir mangsa yang enggan, namun JKM menasihatkan semua mangsa segera berpindah sekiranya kediaman mereka dinaiki air kerana bimbang keselamatan jika paras air semakin meningkat.

"JKM Kedah memberi jaminan bekalan keperluan asas dan makanan untuk mangsa banjir yang dipindahkan adalah mencukupi dan keadaan di pusat terkawal.

"Walaupun jumlah mangsa semakin meningkat, namun keadaan masih terkawal.

"JKM dengan kerjasama agensi lain menguruskan operasi bagi memastikan kelancaran bantuan kepada mangsa," katanya.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir , paras air di lapan sungai di seluruh negeri kekal melebihi paras bahaya dan terus meningkat setakat jam 12 tengah hari.

Ia membabitkan tiga sungai di Kubang Pasu, dua di Kota Setar, dan masing-masing satu di Yan, Padang Terap, dan Pendang melepasi tahap bahaya.

Di Kubang Pasu, Sungai Terap di Kepala Batas mencatatkan paras air 4.42 meter (m), melepasi paras bahaya 3.8m, manakala Sungai Bata di Kampung Bata mencatatkan paras air 9.51m melebihi 9.14m. Sungai Laka di Kampung Padang Pasir berukuran 23m, melepasi 21.6m.

Di Kota Setar, Sungai Anak Bukit di Taman Aman mencatatkan paras 3.19m melebihi 2.6m, manakala di Jambatan TAR, Sungai Anak Bukit mencatatkan 2.01m melebihi paras bahaya 1.7m.

Di Pendang, Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang mencatatkan 6.39m melepasi 6.3m manakala Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap, mencatatkan 14.82 melebihi 14.2m.

Di Yan, Sungai Gurun di Kampung Perupok melepasi 3.62m melebihi 3.5m.

Empat sungai lain iaitu Sungai Ketil dan Sungai Sedim di Baling, Sungai Sari di Padang Terap, dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya Kota Setar sudah melebihi paras amaran.

Selain itu, Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap, kini berada pada tahap berjaga-jaga.

Dalam pada itu, paras air di 11 sungai di negeri ini menunjukkan trend meningkat dengan satu menunjukkan aliran menurun.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299801/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-2618-orang






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040810 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list