CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13394|Reply: 1

[Kedah] Langkawi tak kalah, lebih 100,000 pelancong tiba dalam tempoh 5 hari

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi tak kalah, lebih 100,000 pelancong tiba dalam tempoh 5 hari


Oleh Hamzah Osman - September 18, 2024 @ 12:51pm [email protected]







Pelancong tiba di Terminal Feri Penumpang di Kompleks Jetty Point, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Cuaca buruk tidak menghalang 101,449 pelancong mengunjungi pulau ini untuk bercuti sempena cuti sekolah sejak lima hari lalu.

Jumlah itu sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak mengatakan pulau itu disisihkan pengunjung berikutan ramai memilih Thailand sebagai destinasi percutian.

Daripada jumlah itu, seramai 67,694 pelancong tiba di pulau itu menerusi perkhidmatan feri penumpang, 20,008 menggunakan penerbangan dan selebihnya 13,747 menggunakan feri penumpang/kenderaan (RoRo).

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata seramai 67,694 penumpang masuk menerusi feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis mulai Jumaat lalu hingga semalam.

"Berdasarkan pecahan, seramai 11,645 penumpang masuk ke pulau ini pada Jumaat lalu, diikuti Sabtu (12,618 penumpang), Ahad (13,986 penumpang), Isnin (15,987 penumpang) dan semalam (13,458 penumpang).

"Ketibaan penumpang menerusi Kuala Perlis lebih ramai kerana beberapa perjalanan feri dari Kuala Kedah dibatalkan, susulan cuaca buruk denganombak setinggi lima meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pengurus Besar Langkawi Port Sdn Bhd, Muhd Nasir Abdul Aziz, berkata 13,747 penumpang tiba menerusi perkhidmatan feri penumpang/kenderaan (RoRo) di Dermaga Tanjung Lembung (DTL) di sini, dalam tempoh sama.

"Seramai 1,085 penumpang tiba pada Jumaat lalu, 1,996 (Sabtu), 1,367 (Ahad), 1,342 (Isnin) dan semalam 1,200 penumpang, manakala jumlah kenderaan yang tiba DTL pada tempoh sama adalah 3,083 unit," katanya.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), Che Sulaiman Che Pa pula berkata, seramai 20,008 penumpang terdiri 18,304 pengunjung domestik dan 1,704 antarabangsa tiba di LTAL dalam tempoh sama.

"Jumaat lalu LTAL menerima 3,983 penumpang domestik dan 537 antarabangsa, diikuti Sabtu (3,524 domestik, 308 antarabangsa), Ahad (3,662 domestik, 282 antarabangsa), Isnin (3,925 domestik, 283 antarabangsa) dan semalam (3,210 domestik, 194 antarabangsa)," katanya di sini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan amaran cuaca buruk ketika ini untuk berkunjung ke Langkawi kerana produk pelancongan beroperasi seperti biasa.

"Namun pelancong dinasihatkan sentiasa peka dan prihatin dengan maklumat cuaca terkini dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh jabatan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Parit dan Saliran.

"Pengendali produk pelancongan juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelancong terjaga dan terpelihara dari insiden buruk," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299803/langkawi-tak-kalah-lebih-100000-pelancong-tiba-dalam-tempoh-5-hari






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 01:41 PM | Show all posts
Cuba pergi ke Batam pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038281 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list