CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16488|Reply: 1

[Sabah] Sabah rekod RM3.5 juta hasil jualan di MATTA Fair

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode


MATTA FAIR: Joniston (tiga kanan) menyambut pengunjung yang singgah ke gerai pameran produk Sabah sempena MATTA Fair 2024 di MITEC Kuala Lumpur baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Sabah berjaya meraih hasil jualan berjumlah RM3.5 juta sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, pakej bertemakan 'Sabah CAN' (Budaya, Pengembaraan, Alam) mendapat permintaan yang tinggi daripada pengunjung.

Katanya, lebih 200 pakej CAN terjual, dengan aktiviti melawat pulau dan Perkampungan Budaya Mari Mari menjadi pilihan paling popular.

"Kami berharap hasil positif ini akan diterjemahkan kepada lebih ramai kunjungan pelancong, sekali gus merangsang ekonomi negeri.

"Minat para pengunjung ke destinasi yang kurang diterokai dan pelancongan berasaskan komuniti turut menunjukkan peningkatan.

"Sehubungan itu, bagi mempromosikan tawaran ini dengan lebih lanjut, Sabah akan mengadakan Pesta Pelancongan Berasaskan Komuniti yang pertama di IOI Mall Putrajaya bermula 16 hingga 20 Oktober tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pesta berkenaan akan memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka pakej pelancongan berasaskan komuniti yang unik dan menikmati destinasi menarik di kawasan luar bandar Sabah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit berkata, Sabah turut mencatatkan lebih RM6,000 dalam jualan produk di Pavilion Lembaga Pelancongan Sabah dalam tempoh tiga hari.

Menurutnya, jualan berkenaan termasuk dari Kadaiku (RM2,088.10), Teh Sabah (RM943), dan Kopi Yit Foh (RM3,564.20).

Katanya, Teh Sabah dan Kopi Yit Foh adalah produk agro ikonik yang memperkayakan tawaran di Ranau dan Tenom, manakala Kadaiku mempamerkan pelbagai jenis kraf tangan unik.

Julinus berkata, langkah mempromosikan produk-produk berkenaan adalah penting, kerana ia melengkapi usaha pelancongan dan seiring dengan reputasi Sabah dalam agropelancongan.

"Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai tawaran unik Sabah, yang bukan sahaja menyokong perniagaan tempatan tetapi juga memperkayakan pengalaman pelancong secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata, pelancaran kempen Lima Gunung Terbaik di Sabah semasa MATTA Fair akan membantu meletakkan Sabah sebagai pusat pengembaraan di Asia Tenggara.

Menurutnya, kempen itu mengetengahkan puncak-puncak tertinggi Malaysia yang terletak di Sabah: Gunung Kinabalu, Gunung Trus Madi, Gunung Sinsing, Gunung Tambuyukon, dan Gunung Kaingaran.

MATTA Fair baru-baru ini menyaksikan Sabah dan Sarawak bekerjasama untuk mempromosikan Discover Borneo sebagai destinasi kegemaran Malaysia di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Sebanyak 33 ejen pelancongan dari Sabah mengambil bahagian dalam pameran yang bermula dari 6 hingga 8 September untuk mempamerkan pelbagai produk pelancongan negeri kepada pengunjung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 01:39 PM | Show all posts
tahun depan jika ada rezeki boleh pergi event ini lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042890 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list