CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21806|Reply: 0

[Sarawak] STU harap kerajaan pertimbang pampasan kepada guru meninggal, alami keilatan kekal

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode


Kullin (berdiri, tiga kiri) serta ahli STU lain menyaksikan Dr Annuar menandatangani buku sebagai simbolik semasa perasmian persidangan baru-baru ini.

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap kerajaan negeri mempertimbangkan sejumlah pampasan atau wang khairat kepada guru di Sarawak yang meninggal dunia dan mengalami keilatan kekal.

Presiden STU Kullin Djayang berkata, ia sebagai simpati kepada warga pendidik dan waris yang ditinggalkan.

“STU mahu kebajikan guru sentiasa dijaga agar mereka dapat mengajar dengan selesa dan berkesan.

“Selain soal keselamatan, keadaan yang daif ini menjadikan guru semakin tertekan dan ramai di kalangan guru menghidap penyakit kerana tekanan kerja serta persekitaran kediaman yang tidak selesa.

“Lantaran itu kita berharap pihak kerajaan khasnya MEITD juga wajar menyediakan sejumlah pampasan atau wang khairat kepada semua guru di Sarawak yang meninggal dunia serta yang mengalami keliatan kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Dwitahunan STU Ke-27 yang disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee baru-baru ini.

Kullin berkata selain itu, STU juga memohon pihak kerajaan mengambil berat terhadap beberapa sekolah yang sering dilanda banjir.

Katanya mungkin langkah memindahkan lokasi sekolah terbabit adalah sesuatu yang boleh diusahakan oleh kerajaan negeri dan tidak semestinya bergantung kepada kerajaan pusat sahaja.

Beliau berkata dengan itu STU juga menyambut baik serta amat menghargai usaha Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak yang telah menyediakan RM100 juta bagi penyelenggaraan sekolah usang di  seluruh Sarawak.

“Kita berharap agar usaha ini berterusan demi keselesaan dan kesejahteraan warga sekolah dalam memartabatkan pendidikan di Bumi Kenyalang,” tegasnya.

Selain itu STU berterima kasih kepada kerajaan khasnya kepada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dalam isu mengurangkan masalah kekurangan guru di Sarawak.

“Pengambilan seramai 1,000 guru di Sarawak yang telah diusahakan oleh pihak MEITD amat kita hargai.

“Kita berharap semua pihak sentiasa mengambil berat dan konsisten dalam isu ini kerana kekurangan guru sudah pasti membebankan guru-guru yang sedia ada di sekolah,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.140864 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list