View: 14006|Reply: 12
|
Lelaki terkejut 18 tahun tidak sedar bayar bil elektrik jiran
[Copy link]
|
|
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang lelaki di negeri California terkejut apabila mendapati bil elektriknya melambung tinggi selama bertahun-tahun disebabkan oleh jirannya, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Kel Wilson yang tinggal di sebuah apartmen sejak 2006, dikatakan melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
Bagaimanapun, dia masih menghadapi masalah yang sama, menyebabkan dia menghubungi syarikat pembekal Pacific Gas and Electric (PG&E) untuk membuat pemeriksaan.
“Saya fikir ada kebocoran atau individu yang mencuri bekalan elektrik atau kerosakan pada meter kerana saya merasakan ada sesuatu yang tidak betul,” kata Wilson.
Misteri akhirnya terungkai apabila syarikat tersebut mengenakan bayaran yang silap selama 18 tahun.
“Syarikat itu menghitung bayaran untuk dua rumah, rumah saya dan unit sebelah,” tambahnya.
Susulan itu, PG&E berkata: “Kami mengakui kesilapan dalam hal ini dan kami komited sepenuhnya untuk membetulkan keadaan dengan pelanggan”. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam wartawan malaysia, ambik gambar nak kena tunjuk2 guna jari |
|
|
|
|
|
|
|
seronok la rumah sebelah? 18 tahun takyah bayar bil |
|
|
|
|
|
|
|
Masak jiran sebelah kena bayar bil tertunggak tu!
Ke jiran tu pun bayar bil juga? Kalau ya, selamat kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran sebelah mesti tahu kan tapi buat² tak tahu. Syok je menikmati letrik free. Pastu pakai x beringat
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintaklah refund 18 tahun tu. Ni silap syarikat. Kalau tanak bayar, standard lah...saman je. |
|
|
|
|
|
|
|
senang nau hidup jiran tu ye… karen sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Zazama at 23-9-2024 09:42 PM
Member opis iols pernah cite. Tp ini pasal bil air. Dia bekerja. Opis hour la kan. Jarang ada kt rumah tp bil puluhan ringgit hampir mencecah ratus. Compare dgn jiran sebelah rumah, 24jam sentiasa di rumah dgn anak beberapa org, jd hari2 guna air buat basuh baju anak2 guna washing m/c tp bil takat belas2 ringgit je. Pelik lah kan? Lebih dr setahun hal ni, sampai akhirnya member opis iols baru perasan yg rumah dia tu di kelaskan sbg bangunan perniagaan. No wonder la. Dia pi pejabat utk settlekan hal ni dan minta claim lebihan ringgit yg dia bayar selama lebih setahun. Pejabat air waktu tu kata, tak boleh buat apa. Cannot claim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|