CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47834|Reply: 0

[Kedah] Radhi Mat Din digesa letak jawatan Naib Presiden KFA

[Copy link]
Post time 21-9-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Radhi Mat Din digesa letak jawatan Naib Presiden KFA

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

21 September 2024 05:37pm




Radhi Mat Din (kanan) menyangkal dakwaan kononnya kerajaan negeri mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC.




ALOR SETAR - UMNO Kedah menggesa Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Radhi Mat Din dan Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Zulkifli Che Haron meletakkan jawatan selepas gagal menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, sepatutnya Radhi dapat menggunakan pengalaman beliau untuk menasihati Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya segera campur tangan bagi menangani masalah dihadapi KDA FC.



"Radzi merupakan seorang bekas pemain Kedah, kini sudah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran.

"Seharusnya legenda bola sepak itu dapat menggunakan pengalaman beliau untuk menasihati Presiden KFA.


"Kesimpulannya, saya suka menyatakan bahawa Radhi Mat Din telah lupa asal usul. Pada masa yang sama telah mengkhianati semangat Hijau Kuning yang beliau sendiri berjuang sedikit masa dahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Zulkifli juga perlu meletakkan jawatan berikutan gagal menasihati Presiden KFA untuk membantu kelab berkenaan.


"Saya juga berpandangan Radzi dan Zulkifli diibaratkan sebagai nasi tambah dan sama sekali tidak mempunyai nilai pada syarikat dan pasukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Muhammad Radhi yang juga Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup Negeri, Belia dan Sukan Kedah menyangkal dakwaan kononnya kerajaan negeri mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC.

Masalah kewangan yang dihadapi itu menyebabkan berlakunya isu tunggakan gaji di dalam kelab tersebut.


Jelas beliau, keberadaannya selaku antara pemilik saham pasukan KDA FC sebenarnya berlaku pada peringkat awal penubuhan kelab itu.

https://www.sinarharian.com.my/article/686845/edisi/utara/radhi-mat-din-digesa-letak-jawatan-naib-presiden-kfa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.040757 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list