CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17384|Reply: 14

[Tempatan] CUEPACS akui terkejut lawatan 68 penjawat awam ke Berlin

[Copy link]
Post time 21-9-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Ilah Hafiz Aziz
September 21, 2024 @ 1:25pm
[email protected]


Keratan berita disiarkan BH Online, semalam.


KUALA LUMPUR: Rombongan seramai 68 penjawat awam diaturkan ke Berlin di Jerman hanya untuk menghadiri satu pameran kecil, adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan sedang melaksanakan usaha penjimatan, kata Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat.

Malah, beliau berkata, lebih mendukacitakan ialah perkara itu sepatutnya dikendalikan pada peringkat jabatan tetapi terpaksa ditangani sendiri pula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat. - Foto fail NSTP

"Rombongan ramai ke luar negara itu begitu mengejutkan pada saat kerajaan hari ini mahu menjalankan langkah-langkah penjimatan.

"Malah, apabila sampai kepada pengetahuan Perdana Menteri, ia jelas lebih mendukacitakan. Tidak sepatutnya perkara ini berlaku sehingga Perdana Menteri sendiri terpaksa mengambil tindakan pembatalan.

"Ia harus ditangani pada peringkat ketua-ketua perkhidmatan yang perlu membuat teguran kerana itu adalah perkara asas yang menyentuh langkah penjimatan dan tatakelola," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata, beliau membatalkan rombongan 68 penjawat awam untuk menghadiri satu pameran kecil di Berlin, bagi mengelak pembaziran wang rakyat.

Perdana Menteri dipetik menegaskan tiada keperluan bagi kepergian rombongan itu hanya untuk menghadiri pameran kecil, walaupun tiket penerbangan dan hotel bagi semua penjawat awam berkenaan sudah disediakan.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada tindakan transformasi yang perlu dilakukan terhadap kementerian, agensi serta jabatan kerajaan kini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, kos ke luar negara itu boleh dijimatkan dengan membenarkan pegawai-pegawai yang perlu saja untuk melakukan perjalanan ke destinasi tanpa membabitkan gerombolan besar penjawat awam.

Tambahan pula, beliau berkata, Malaysia sudah mewujudkan agensi-agensi luar negara yang mempunyai perwakilan, termasuk pegawai di kedutaan yang boleh mewakili negara ke acara berkenaan.

"Optimumkan pegawai-pegawai di sana kerana mereka sudah ditempatkan untuk mewakili kerajaan. Mereka boleh memberi maklum balas segera kepada pegawai di sini kerana kaedah perhubungan sekarang sangat mudah dan canggih, tanpa memerlukan kehadiran fizikal pun," katanya.

Beliau turut menasihati penjawat awam supaya tidak terus berlegar-legar dengan isu lama yang tidak selari dengan usaha dilakukan kerajaan, termasuk kenaikan gaji.

"Ambil kira hasrat kerajaan yang mahukan produktiviti segera. Jika kita masih berlegar-legar dengan isu lama tanpa pendekatan baharu, ia tidak menunjukkan komitmen kita sebagai penjawat awam," katanya.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Samalah masa Paris Olympics haritu... masing2 bawak sedara mara...konon nye ada kuota....staff gov fikir diaorang ni entitled sangat...satu gold pun takde..bazirkan duit rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik.. satu kata pi Berlin, tred sebelah kata pi Paris.. jumlah sama 68 orang.. bape banyak ko buat trip rombongan cik kiah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:16 PM | Show all posts
"KUALA LUMPUR: Rombongan seramai 68 penjawat awam diaturkan ke Berlin di Jerman hanya untuk menghadiri satu pameran kecil, adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan sedang melaksanakan usaha penjimatan, kata Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat."

24 - 27 Sept 2024 ada satu event di berlin.
Kalau yang ini memang cancel last minit la. trench coats dah packed. (jangan marah naaa)
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper byk rombongan ni? Org2 yg sama ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang Paris tu typo ler tu.
Aku check semua berita online, semua tulis Berlin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jabatan mane ni? Dia buat ala2 rombongan cik kiah pegi Langkawi je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la ketua jabatan tu dikenakan tindakan tatatertib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 12:21 AM | Show all posts
Edited by matamata at 22-9-2024 12:22 AM



Agaknya laaa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:24 AM | Show all posts
kementerian dari menteri UMNO kankankan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:25 AM | Show all posts
Oktoberfest pun dah dekat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-9-2024 11:25 PM
Baper byk rombongan ni? Org2 yg sama ka?

Bukan baper banyak rombongan, baper banyak trip daa. Orang2 yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 22-9-2024 12:21 AM
Agaknya laaa

MOT ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kupeks ni x bising plak pasal pencen kena mansuh...useless betul dia ni..kaki jilat bapok tua banduan terhormat juga dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
halahhhh buat2 terkejut

acik2 dlm senarai hentak2 kaki dah weiii.
baju sejuk dah beli, takkan nak pakai p cameron je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.090976 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list