CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10237|Reply: 0

[Tempatan] Bukan berita Sanusi:Seorang maut dan 20 lagi dikhuatiri terperangkap dalam sebuah terowong selepas tanah runtuh akibat hujan lebat di Wilayah Ishikawa,

[Copy link]
Post time 21-9-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-9-2024 11:59 PM

TOKYO: Seorang maut dan 20 lagi dikhuatiri terperangkap dalam sebuah terowong selepas tanah runtuh akibat hujan lebat di Wilayah Ishikawa, Jepun, lapor Sputnik memetik agensi berita Kyodo pada Sabtu.




Terowong di bandar pesisir Wajima itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi 1 Januari lepas yang memusnahkan Wajima dan kawasan berhampiran Suzu.

Pihak berkuasa tempatan dipetik oleh Kyodo berkata lebih 10 orang dilaporkan hilang di Wajima selepas hujan lebat melanda wilayah itu. Kira-kira 44,500 penduduk di Wajima, Suzu dan Noto telah diarahkan untuk berpindah.

Hujan lebih 299.7 milimiter (MM) direkodkan di Wajima dalam tempoh 24 jam, memecahkan rekod 49 tahun, lapor penyiar NHK. Suzu pula mencatatkan hujan lebih 198mm. Hujan turut menyebabkan 16 sungai di Wilayah Ishikawa melimpah keluar dari tebing.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033701 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list