CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11675|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Kedah makin buruk, 9,058 mangsa ditempatkan di 44 PPS

[Copy link]
Post time 22-9-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di Kedah makin buruk, 9,058 mangsa ditempatkan di 44 PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 22, 2024 @ 8:06am [email protected]







Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di pusat perpindahan banjir sementara (PPS) di SMKA Kedah, semalam. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir





ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar, hujan lebat serta tiga sungai utama melepasi paras bahaya menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 9,058 orang membabitkan 2,962 keluarga setakat jam 7.30 pagi tadi.

Mangsa banjir itu ditempatkan di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang Bandar Baharu dan Pokok Sena.

Berdasarkan laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, Daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 5,099 mangsa daripada 1,698 keluarga ditempatkan di 18 PPS yang aktif setakat ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 4,717 mangsa daripada 1,554 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.

Daerah Kubang Pasu mencatatkan peningkatan mangsa kepada 1,614 orang daripada 598 keluarga berbanding 1,483 mangsa daripada 450 keluarga.



Sekumpulan remaja bermain air di halaman rumah mereka di Kampung Suka Menanti ketika tinjauan banjir di sekitar Alor Setar semalam. Ibu bapa diminta memantau keselamatan anak sepanjang cuti sekolah ini bagi mengelak mereka bermain air ketika musim banjir yang mungkin menyebabkan berlaku kejadian tidak diingini. - Foto BERNAMA


Daerah Pendang mencatatkan pertambahan jumlah mangsa iaitu 1,487 mangsa daripada 449 keluarga di 10 PPS manakala mangsa banjir di Pokok Sena pula masih kekal seramai 783 mangsa daripada 246 keluarga di lima PPS dan daerah Bandar Baharu 147 mangsa daripada 34 keluarga dengan satu PPS masih dibuka setakat ini.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiga sungai di daerah Kota Setar terus melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 7 pagi hari ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR Dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman.

Selain itu, Sungai Bata di daerah Kubang Pasu juga masih melepasi paras bahaya setakat ini.







Status aras air di Lembangan Sungai Kedah, Sungai Muda dan Sungai Melaka (Langkawi) sehingga jam 12 tengah malam tadi. - Foto APM Kedah






https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301361/banjir-di-kedah-makin-buruk-9058-mangsa-ditempatkan-di-44-pps





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.035354 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list