View: 20025|Reply: 32
|
Gempar! Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Pegawai-pegawai hidupan liar kebingungan apabila melhat imej makhluk misteri yang berjalan berhampiran komuniti luar bandar di Texas pada waktu malam, lapor portal berita MailOnline.
Video hitam-putih itu dirakam menggunakan kamera di luar Dublin, timur laut Dallas.
Ia menunjukkan sejenis makhluk ganjil berjalan menggunakan empat kaki berlainan saiz dan mempunyai bonggol di belakang badannya.
Seorang penduduk.setempat, Michael ‘Dumas’ Demel, 49, menunjukkan gambar makhluk itu kepada rakan, anggota keluarga dan jirannya.
Michael berkata, makhluk ganjil itu mungkin chupacabra iaitu kambing penghisap darah.
Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas memberitahu Michael bahawa disebabkan kualiti imejnya, adalah sukar untuk mengenal pasti jenis haiwan itu.
“Saya menunjukkan gambar ini kepada jiran, keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.
Menurutnya, dia diberitahu bahawa ia mungkin jelmaan hantu haiwan, monyet, chupacabra atau makhluk asing.
Makhluk menakutkan itu kelihatan mempunyai muncung panjang, bahagian atas kepala kecil dan ketulan di belakangnya yang menyebabkan beberapa rakan lain mendakwa ia adalah jelmaan hantu.
Masyarakat Navajo di Amerika Syarikat percaya dukun atau pengamal yang mengamalkan ilmu hitam boleh bertukar makhluk ghaib atau jelmaan hantu dikenali sebagai skinwalker. – AGENSI
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah pun ter pengaruh dengan native american folklore.. Skinwalker la... Wendigo la... Hahaha... Maybe binatang ada diseases/deformity... |
|
|
|
|
|
|
|
mastika versi murica
#maga |
|
|
|
|
|
|
|
jelmaan hantu pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita hantu mmg best layan |
|
|
|
|
|
|
|
macam kawasan kitorang dulu, kecoh nampak benda pelik serupa
rupanya kucing kurap, takde bulu, kepala tersangkut dalam bekas polisterin. korek sampah le tu.
dari jauh memang nampak pelik dengan muncung panjang. dah la dalam gelap, tengah malam. kecoh jugak jiran2 waktu tu, tapi semua tak berani keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Dallas masih pakai kamera itam putih? Baik lagi cctv wakaf che yeh. |
|
|
|
|
|
|
|
asal benda pelik2, alien, ufo mesti jadi kat amerika..udah setarap negara seberang.. alien ufo tu tak pandai pergi tempat lain eh? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok dekat tiktok tu, memasing menggelupur bila 'kon skinwalker' ni datang. padahal, sebelum dia bergerak, korang tak reti nak blah. siap boleh tengok lagi, lepas tu lari macam cacing kepanasan. nasib lah demi content je ni..
benarnya skinwalker ni apa? ahli sihir? guna ayat witch je tak boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau nampak polis gedebe klate mesti dia menyesal lagi lupa bawak bedil |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 22-9-2024 07:24 PM
kucingitam replied at 22-9-2024 07:09 PM
asal benda pelik2, alien, ufo mesti jadi kat amerika..udah setarap negara seberang.. alien ufo tu ta ...
Global west banyak observers... Nusantara lebih banyak observed mental disease/disorder to sync supernatural event... Untuk relate dengan agama... Conclusion sendiri tidak bukti kan secara scientific.... Maybe poor facility? |
|
|
|
|
|
|
|
Asal supernatural atau makhluk yg kuban2 mesti gambr blur pakai camera tahun 2000 |
|
|
|
|
|
|
|
Kita dua kaki dia empat, siapa lagi laju ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 23-9-2024 05:17 AM
jfq replied at 23-9-2024 03:54 AM
Asal supernatural atau makhluk yg kuban2 mesti gambr blur pakai camera tahun 2000
Teori aku, deol boleh affect gelombang elektromagnet secara lansung. Atau masa berlaku benda supernatural tu, dimensi kita dan meka bertembung, affecting or hasilkan gelombang elektromagnet? Sebab tu bila ambik gamba, blur manjang?
Sebab pernah berlaku kejadian kat masa aku kat U (di kolej kediaman), masa dah nak tido tengah malam buta, MP3 dari PC tiba2 tertutup sendiri. Then aku dengar bunyi macam benda kena seret kat luar bilik. Bila bunyi sret sret tu berhenti, MP3 terpasang semula secara sendiri. Surreal gila. |
|
|
|
|
|
|
|
So bolehlah dirumuskan bhw hantu/makhluk ganjil ni depend juga area mana. Contoh belah2 kita ni, ada bunian. Dkt negara org putih nun ada elf ada ufo. Dkt jepun, hantu lain lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 23-9-2024 01:15 PM
Teori aku, deol boleh affect gelombang elektromagnet secara lansung. Atau masa berlaku benda super ...
Yuppp. Roh2 ni lebih suka communicate guna brg elektrik/elektronik. Sebab tu klu ada benda tu, lampu akan berkelip2 / tv on sendiri / radio tiba2 tukar channel. |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis replied at 23-9-2024 05:35 AM
Yuppp. Roh2 ni lebih suka communicate guna brg elektrik/elektronik. Sebab tu klu ada benda tu, lam ...
Oh ya oh. Lupa pasal tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis replied at 23-9-2024 05:30 AM
So bolehlah dirumuskan bhw hantu/makhluk ganjil ni depend juga area mana. Contoh belah2 kita ni, ada ...
Elf ada di Malaysia. My mom and friends pernah nampak. Memang sebiji elf di TV, kenit2 pakai baju serba hijau segala cuma...Bila dia menyeringai, keluar la gigi taring tajam dengan mata merah. Tidak juga macam TV la. |
|
|
|
|
|
|
|
contoh “chupacabra “ yg berjaya dirakam telah mati .. ada mcm iras dubuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|