View: 16776|Reply: 11
|
[Tempatan]
Papar gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, 4 staf JAIM ditukar, pecat
[Copy link]
|
|
Papar gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, 4 staf JAIM ditukar, pecat
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
24 September 2024, 6:00 am
MELAKA – Empat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ditukarkan tempat bertugas dan dipecat susulan isu paparan gambar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada infografik slaid khutbah Jumaat, minggu lalu.
Dalam slaid berasingan, turut dipaparkan adalah wajah Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa digantikan dengan gambar Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan tegas telah diambil dengan terdapat pegawai yang diberhentikan perkhidmatan atas sebab kecuaian, manakala yang lain ditukarkan ke bahagian atau daerah lain.
Jelasnya, antara pegawai terlibat adalah ketua penolong pengarah di Bahagian Pengurusan Masjid JAIM.
“Mereka merupakan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid yang bertanggungjawab melaksanakan penyediaan slaid tersebut.
“la satu kesilapan yang sama sekali tidak boleh dilakukan dan JAIM memohon maaf atas kekhilafan tersebut serta akan memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkaya demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas di sini, hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Terdahulu, infografik khutbah bertajuk ‘Negaraku, Tanah Airku’ pada 20 September yang disediakan Bahagian Pengurusan Masjid JAIM bersempena Sambutan Hari Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif susulan paparan wajah ketua parti pembangkang itu.
JAIM sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan mengarahkan slaid infografik tersebut ditarik balik. – KOSMO! ONLINE.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Promot lobai 3R kew
|
|
|
|
|
|
|
|
Abdul Hadi terkejut dengan tindakan keterlaluan terhadap pegawai JAIM
Oleh
QURRATUL AINA QUDDUS
24 September 2024 10:32am
Abdul Hadi. Laporan Sinar Harian.
SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akui terkejut dengan tindakan keterlaluan yang dikenakan terhadap pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang terlibat.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi hantaran di aplikasi X bagi membalas komen sebuah portal berita tempatan mengenai empat pegawai JAIM dikenakan tindakan tatatertib termasuk memecat dan menukar jawatan.
Menurutnya, ia disebabkan kecuaian mereka memasukkan gambar pemimpin politik dalam paparan video khutbah Jumaat di Melaka minggu lalu.
“Saya amat bersimpati dan terkejut dengan tindakan yang amat keterlaluan dikenakan ke atas pegawai JAIM yang terlibat,” katanya pada Isnin.
Tangkap layar kenyataan Abdul Hadi di aplikasi X pada Isnin.
Pada Jumaat lalu, khutbah di seluruh masjid dan surau Jumaat di negeri tersebut disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan JAIM bertajuk ‘Negaraku, Tanah Air Ku’ bersempena sambutan Hari Malaysia 16 September didakwa telah memaparkan gambar seorang pemimpin parti politik pembangkang.
Wajah pemimpin pembangkang berkenaan diletakkan bersebelahan dengan sepotong ayat berbunyi ‘Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia'.
Dalam paparan berasingan, turut terdapat wajah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa digantikan dengan gambar Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau zaman najib dulu, konfem dan 3-4 buah meme disebarkan oleh markas untuk dijadikan bahan menghasut |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la ada buat salah..tapi takkan la pecat trus...overnya ...mcm kesalahan yg tak boleh di ampun pulak |
|
|
|
|
|
|
|
takkanlah terus pecat
bukan kah ada penalti turun gred, tahan kenaikan gaji etc etc
zalim sangat dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai kontrak ke yang kena terminate tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau letak gambar bendera Palestine kat slide kena pecat tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiahlemau replied at 24-9-2024 11:47 AM
Memang la ada buat salah..tapi takkan la pecat trus...overnya ...mcm kesalahan yg tak boleh di ampun ...
tu la pasai..sedangkan ada orang jelas dah bunuh orang..dh 'bagi' hukum gantung..pon boleh 'ditarik balik'. |
|
|
|
|
|
|
|
Abuya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|