View: 10915|Reply: 63
|
[Tempatan]
[VIDEO] ‘Saya pandang harimau, harimau pandang saya tidak bermaya’
[Copy link]
|
|
[VIDEO] ‘Saya pandang harimau, harimau pandang saya tidak bermaya’
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... r-daripada-harimau/
Oleh KOSMO!
26 September 2024, 10:53 am
Shima berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke Zoo Negara, baru-baru ini selain memberi teguran terhadap fasiliti serta keadaan di kawasan tersebut.
PETALING JAYA – Seorang pempengaruh meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan Zoo Negara apabila keadaan haiwan-haiwan di sana seolah-olah tidak dijaga dengan baik.
Menerusi luahan di TikTok, Shima Osman berkongsi pengalamannya bersama keluarga berkunjung ke Zoo Negara baru-baru ini.
Katanya, kebanyakan haiwan-haiwan yang ada kelihatan lemah, tidak aktif serta berbadan kurus.
“Saya punya keterujaan tidak boleh keluar sebab harimau yang saya lihat tidak bertenaga. Saya pandang dia (harimau), dia pandang saya tak bertenaga. Tak ada pun dengar ‘mengaum’ (suara). Jangan pula ada nak kata datang waktu pagi, harimau memang tak ceria, datang waktu malam baru harimau ceria.
“Kita ini sendiri boleh lihat binatang itu ceria atau tidak. Perut harimau pun kempis, tukang bagi makan dekat Zoo Negara besar lagi perutnya. Haiwan yang ada pun jalan macam sakit. Kawasan sekeliling pun seperti tidak terurus. Akuarium ikan pun air keruh, tak tahu apa yang ada,” katanya.
Shima atau lebih dikenali sebagai ‘misi viral’ turut meminta tindakan drastik oleh pengurusan serta pihak berkuasa yang lain untuk mempertimbangkan lokasi baharu Zoo Negara.
Pada pandangan wanita itu, lokasi Zoo Negara ketika ini sudah tidak sesuai disebabkan berada di tengah-tengah kawasan bandar yang pesat dengan pembangunan.
“Zoo Negara, ini masanya untuk cari tempat lain, pindah. Bukan apa, tidak sesuai dikelilingi oleh rumah-rumah taman, pusat beli belah, jalan raya yang padat dengan kenderaan.
“Binatang-binatang di sana berada dalam keadaan terkumpul pada satu ruang kecil, ruang mereka terhad untuk bergerak. Bayangkan anda (manusia) duduk sebegitu, bertahun-tahun. Tak tertekan?,” soalnya.
Selain itu, Shima turut meluahkan rasa kurang selesa apabila kebanyakan pekerja di Zoo Negara adalah warga asing yang sememangnya tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di sana.
“Kita ni di Malaysia, Zoo Negara pun di Malaysia. Ini bila saya naik ‘buggy’, tukang pemandu sampaikan maklumat berkaitan zoo dalam bahasa Indonesia. Terkejut saya,” katanya.
Video yang dikongsikan Shima semalam, mendapat lebih 49,000 tontonan dalam masa 11 jam dan seramai 362 pengguna TikTok meninggalkan komen.
Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita itu dan mendesak supaya pihak berwajib mengambil langkah perubahan terhadap lokasi pelancongan terkenal berkenaan. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ko merepek apa kak?
dh nama zoo,mmgla binatang tertekan
nk real, pi afrika, selamba badak bawa kete tak berbumbung duk sebelah kawanan rimau
kalu taknk haiwan tertekan, tutup je semua zoo
mmg binatang dlm zoo smua stress daa..
manusia duk ofis keje overtime pun muka stress memanjang, apatah lagi binatang duk bertahun2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai teringat film planet apes purbakala dimana manusia menjadi haiwan dikurung dalam zoo manusia disebat apes, apes jadi pelawat zoo |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ni...kiranya..ZOO...dah melanggar 'hak asasi haiwan'.Mohon ada yg membela haiwan2...ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheolls bangkitkan semula isu ni. Sebelum ni naik dah hal2 gini. Kroni2 yg jaga zoo. Dpt duit utk sendiri makan, bukan bagi haiwan makan. Boleh je haiwan2 dlm zoo tu duduk elok, mkn cukup, tempat terurus. Tapi kalau dana kerajaan bagi pon kena rembat dek kroni, mana cukup. AKu bagi kau sejuta, kau sub orang lain, orang lain split 2 sub lagi, harey.
|
|
|
|
|
|
|
|
zoo negara tu private kan bukan gomen, so ? |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan oyen kalau dibela, akan mengalami kemurungan. Tu oyen yang nakal dirumah. Inikan pula oyen belang dalam sangkar. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak rengok haiwan2 aktif,sihat dan bertenaga chuols ke zoo taiping sana.
Ada badak air baru beranak,sebelum tu ada gajah jugak baru beranak.
Iols tunggu dorang besar sikit dulu,baru nak pergi melawat,skrg bersticker lagi muka dorang sbb takut ain |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal muka influencer tu mcm Nabila huda?? |
|
|
|
|
|
|
|
lipans replied at 26-9-2024 01:19 PM
sedangkan oyen kalau dibela, akan mengalami kemurungan. Tu oyen yang nakal dirumah. Inikan pula oyen ...
sekali sekala kena lepas kt Pasar Borong Selayang rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
betul... zoo terbaik di malaysia adalah zoo taiping.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zoo Melaka lagi best. Lagi panjang dari Zoo Negara. Nak santai2 gi Taman Buaya. Lemah la asik kondem je Zoo Negara. Xde perubahan ponnn |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka tengok video akak ni jadi misi
Muka ketat je sokmo
Hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
lipans replied at 26-9-2024 03:38 PM
betul... zoo terbaik di malaysia adalah zoo taiping.
serius arr...
iols dulu masa dok penang byk kali p zoo tepen. iols x suka tp dah feveret anak ikut je la.
night safari tu pun best, beruang happy sgguh bergurau senda dgn partner dia.
tapi betul laa harimau kat zoo negara kurus nau pastu lemau je compared to zoo songkhla. harimau sana cergas nmpk tegap je. |
|
|
|
|
|
|
|
tepisket.. replied at 26-9-2024 04:43 PM
Zoo Melaka lagi best. Lagi panjang dari Zoo Negara. Nak santai2 gi Taman Buaya. Lemah la asik kondem ...
Aku gie zoo melaka selepas pkp, harga tiket dia buat aku serik nak gie lagi, tapi zoo melaka pun dh swasta bukan bawah kerajaan kn |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun pempengaruh. nak buat content le. |
|
|
|
|
|
|
|
kau pergi zoo waktu siang memangla harimau malas nak layan. cuba pergi belah malam. dah tu kau komplen pekerja zoo ramai org asing. susah sangat kau je la kerja kat zoo kak. |
|
|
|
|
|
|
|
lipans replied at 26-9-2024 03:38 PM
betul... zoo terbaik di malaysia adalah zoo taiping.
Kann..
Train dia pun dah baru dah adik iols cite. |
|
|
|
|
|
|
|
Harimau zoo negara memang keding je, dah tua kot. Zirafah pulak kemain jauh, yg dekat thai tu boleh pegang2, kasi mkn lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
i dulu2 kalau pegi obesi tempat paling masuk itinerary ialah zoo tempat tu... saja nak compare. Nasib2 la area kita pegi ada zoo ke tak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|