CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30276|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu tak sedar anjing diikat, diseret di belakang kereta

[Copy link]
Post time 29-9-2024 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu tak sedar anjing diikat, diseret di belakang kereta


BERNAMA - September 29, 2024 @ 4:12pm






Tangkap layar video tular seekor anjing terikat pada but kereta dan diseret di Jalan Kulim, Taman Sentosa, Bukit Mertajam, tengah malam semalam.




BUKIT MERTAJAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung tindakan seorang lelaki memandu dan didakwa mengikat seekor anjing di belakang keretanya sebelum diseret dalam kejadian di Jalan Kulim, Taman Sentosa di sini dan tular di media sosial, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata laporan kejadian diterima daripada seorang lelaki yang juga pemandu kereta itu pada jam 12.41 tengah malam Sabtu.

"Pemeriksaan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 8 malam Jumaat dan mengikut lelaki berkenaan, dia hanya menyedari anjing itu diikat di belakang keretanya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kulim selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki.

"Lelaki itu terus turun dari kenderaannya dan mendapati anjingnya terikat (di belakang kereta).

"Beliau menghubungi isterinya yang dimaklumkan haiwan berkenaan diikat di belakang kereta oleh adik iparnya bagi mengelak haiwan itu berkeliaran ke rumah jiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati lelaki itu adalah pemilik berdaftar anjing berkenaan dan mengaku kecuaiannya serta tiada niat menganiaya haiwan itu.

"Lelaki itu memohon maaf kepada orang ramai atas kekhilafannya," katanya.

Helmi berkata, lelaki berkenaan u juga mengaku tidak perasan anjingnya diikat di belakang kereta ketika keluar ke kedai, menyebabkan haiwan berkenaan diseret secara tidak sengaja.

Akibat kejadian itu, anjing berkenaan cedera di kaki sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

"Kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dan disiasat mengikut Seksyen 29(1) E Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1304443/pemandu-tak-sedar-anjing-diikat-diseret-di-belakang-kereta






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.249122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list