CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22013|Reply: 3

Lelaki ‘kantoi’ curang dengan anak tiri

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:22 PM | Show all posts |Read mode





JAKARTA – Seorang wanita di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat membuat laporan polis selepas mendapati suaminya berlaku curang dengan anak tiri sendiri, lapor laman berita Intel Post News.


Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai AK, dia mengetahui perkara itu selepas membaca perbualan mesej di antara suaminya, BD dan anak kandungnya, CD.


Selepas disoal, si anak mendakwa bahawa dia menjalin hubungan terlarang dengan bapa tirinya itu sejak 2019.


Tambah CD yang bertugas sebagai jururawat, BD mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya jika wanita itu mendedahkan perkara tersebut.


Namun, selepas membuat laporan polis pada minggu lepas, BD menafikan bahawa dia membuat ancaman tersebut, sebaliknya mengakui hubungan terlarang itu berlaku atas dasar suka sama suka.


“Hubungan kami bermula sejak tahun 2020 dan sehingga kini, kami sudah banyak kali melakukan hubungan kelamin.


“Semua dakwaan anak tiri saya itu tidak benar. Hubungan kami berlangsung secara suka sama suka dan tiada paksaan,” ujarnya ketika disoal siasat di balai polis.




Sementara itu, Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polis Tasikmalaya, Josner berkata, sekiranya dakwaan BD adalah benar, kes itu akan diklasifikasikan sebagai bersekedudukan.


“Kami masih menyiasat kes ini dan semua pihak terlibat sudah tampil ke balai bagi memberikan keterangan,” katanya. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 08:14 AM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeeeeeeeei
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:19 AM | Show all posts
depa ni kan, mmg lain maciam sikit eh feeling tu. seram yach. anak tiri plakkkkk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat TikTok selalu lalu yg Bapak tiri muda family of 3.. tengok dia layan anak tiri dia baik je.. Semoga dorg baik2 x de bukan2…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.886269 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list