CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41441|Reply: 4

Aina Abdul buat pelajar baharu Unimas histeria

[Copy link]
Post time 4-10-2024 10:42 PM | Show all posts |Read mode





Terkejut dan terharu, penyanyi Aina Abdul tidak menyangka video persembahannya pada majlis orientasi mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), malam tadi tular dalam platform media sosial.


Ujar Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, dia berbesar hati dapat menjayakan persembahan di sana sekali gus mempromosikan konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung di Unimas, Kota Samarahan pada 14 Disember ini.


“Sejujurnya, saya tak sangka video persembahan saya tular. Saya berbesar hati dapat menghiburkan pelajar baharu yang mendaftar di Unimas.


“Mereka memberikan sambutan yang sangat baik dan saya gembira dapat menghiburkan mahasiswa di sana,” katanya kepada Kosmo! Online.


Video persembahan pelantun lagu Kamu yang membuat persembahan di minggu orientasi terbabit turut dikaitkan dengan situasi semasa mengenai fasilitator yang membuat ‘prank’ terhadap pelajar baharu.


Universiti tersebut juga dilambung pujian kerana tidak merancang gimik aneh sehingga membuatkan pelajar baharu tidak selesa seperti yang berlaku di institusi awam lain.


Mengulas mengenai isu terbabit, pemenang Anugerah Juara Lagu ke -37 (AJL37) itu percaya setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu.


“Saya percaya setiap universiti ada cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orientasi. Saya juga bekas graduan universiti, jadi apabila saya melangkah ke dewan melihat pelajar mendaftar, saya terkenangkan diri sendiri yang pernah menghadapi situasi sama.


“Bagi saya, apa yang penting adalah pelajaran. Saya berharap pelajar baharu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tamat minggu orientasi. Itu lebih utama.


“Tak kisah apa sahaja cita-cita anda, sila utamakan pelajaran dan buat perkara yang dapat menggembirakan diri anda,” katanya lagi.


Terdahulu, video bertajuk ‘POV: Beza Orientasi di IPTA Sarawak dengan yang lain’ yang dikongsikan seorang pensyarah, Dr. Ash Zafrel mendapat perhatian ramai dan tular dalam platform TikTok.





“Tiada jeritan abang kakak fasi (fasilitator), sini artis datang buat ‘surprise’ dik,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Bukan itu sahaja, video tersebut juga memaparkan ratusan pelajar baharu meraung seperti histeria apabila Aina muncul membuat persembahan di atas pentas




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan hantu telekong tadi...serba putih
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Fasi2 UiTM Segamat bengkek je tengok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:42 AM | Show all posts
yg histeria pun bapok2 jah sambil jerit yazz queen yazz queen...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah kawan anak kaka freshie kat unimas upkan kat status wasap dia.. ada artist perform.. tapi dia tak kenal sapo artist ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.634254 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list