View: 44412|Reply: 20
|
Lelaki Singapura dituduh mengaku Rasul, ada Roh Kudus
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Seorang lelaki Singapura dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengajar ajaran salah iaitu dirinya sebagai Rasul dan mempunyai Roh Kudus.
Tertuduh, Idris Ami, 60, yang bekerja sebagai pemandu forklift di Singapura bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapanHakim Syarie, Zulfikri Yasoa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak diwakili peguam didapati telah mengajar ajaran salah kepada dua lelaki berusia 42 tahun dan 46 tahun yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan mendakwa bahawa dirinya adalah utusan yakni Rasul bagi zaman ini.
Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati telah mengajar ajaran salah kepada dua lelaki yang sama yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan mendakwa di dalam dirinya itu ada Roh Kudus.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam antara 6 hingga 8 Oktober tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua Besar di Kuala Pilah.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, pindaan 2019 di mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa Syarie Ahmad Wafi Abdullah memohon agar tiada jaminan diberikan kepada tertuduh berikutan tertuduh merupakan warganegara luar serta dibimbangi akan pulang ke negara asal dan akan menyukarkan lagi proses pendakwaan.
Hakim kemudiannya menetapkan bon jaminan keseluruhan sebanyak RM 8,000 dengan empat penjamin warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sembilan.
Tertuduh juga tidak dibenarkan keluar dari negara ini sehingga terdapat perintah lain dikeluarkan, selain perlu melaporkan diri setiap 1 haribulan kepada ketua penguasa agama.
Kes ditetapkan semula pada 19 November ini bagi perbicaraan.
Dalam pada itu, hakim membebaskan seorang wanita warganegara tempatan berusia 42 tahun yang dipercayai merupakan orang kanan tertuduh dengan bon jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini.
Sementara itu Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah ketika ditemui berkata, pihaknya bersama polis berjaya menahan dua individu ini di Muadzam Shah, Pahang yang mana mereka dalam perjalanan ke Terengganu bagi menjalankan satu aktiviti.
Menurutnya, penahanan itu susulan dari ajaran sesat baharu yang dikesan di negeri ini iaitu ajaran Cahaya sejak setahun lalu
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Seb baik tak klem Tuhan Bapak, Tuhan Anak bagai hada dalam diri heshe. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-10-2024 02:18 AM
Boy boyan?
Boyan pun boyan lah janji rock |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 5-10-2024 02:45 PM
Muka huduh macam muka beruk maknyeh...ada juga yg terpedaya...den mmg sgt rs pelik dan tak terjangka dek akal dgn org2 yg mudah terpedaya dan terikut2 dgn org2 yg muka huduh below par...dey tambi, para rasul dan para nabi..semuanya digambarkan hensem, berseri, bercahaya lg menyenangkan mata bila dilihat...yg org2 muka huduh below par juga ko nak ikut...acer buduh piang betul... sejujurnya ko sbnrnya mls nk praktik apa yg agama suruh kan..mls solat..mls baca quran..mls buat kebaikkan...tau nak buat maksiat huha huha jer...sbb tu ko mudah terpedaya....mmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kan,yg empunya diri tu xhairan la mungkin sbb gila,xkan pengikut dia pun gila jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
sontot guna penyodok forklif moleknya. muka pun tak berapa nak siapppp |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 6-10-2024 01:47 AM
HAHAHAHA TAGLINE SAIFUL APEK DULU KAT SENARIO{:1_56 ...
Wah, kertunya makcik! |
|
|
|
|
|
|
|
ramai tul nak jadi Rasul, skibidi ,
tp itu la 2 orang je ke pengikut,
nnti keluar jail gandakan usaha, masih jauh ketinggalan, berbanding ajaran di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
ai cari fb dia..ya auloh, ramai pengikut ya muka serupa tak mandi seploh tahun pun ada org nk caya |
|
|
|
|
|
|
|
memula dua pengikut......lelama sikitttt jadi beribu.....rubu...ribu.....masa tu dah tak boleh nak kekang dah..... |
|
|
|
|
|
|
|
memula dua pengikut......lelama sikitttt jadi beribu.....rubu...ribu.....masa tu dah tak boleh nak kekang dah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak
Kenapa tak sebarkan kat singapora?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dgr kt berita kata ahli2 bleh berpeluk bersentuh laki pompuan sbb mereka sudah di tahap 'cahaya' dan bukan lg manusia biasa.
kalau ajaran tu dah membenarkan benda2 tak senonoh antara laki pompuan, dah jelas2 la bangang lagi membangangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kah3...org gila pun ada yg jd pengikut...bodoh amat! |
|
|
|
|
|
|
| |
|