CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 54538|Reply: 35

[Tempatan] Selangor akan lebih maju jika PAS memerintah

[Copy link]
Post time 5-10-2024 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 6-10-2024 04:52 AM

PAS Selangor memberi jaminan tidak akan mengganggu atau mengubah cara hidup rakyat bukan Islam sekiranya PN mentadbir negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ab Halim Tamuri berkata, rakyat bukan Islam di Selangor tidak perlu bimbang kerana PAS sentiasa menghormati hak kaum-kaum lain di negara ini.

“Rakyat bukan Islam jangan bimbang dengan PAS sebab ini jaminan kita, kita tak akan ganggu atau ubah cara hidup mereka, itu hak mereka.

“Kita akan pastikan PAS bersama PN hanya mahu menjaga kebajikan rakyat,” katanya selepas menghadiri program Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS ke 70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini.

Ab Halim berkata menjadi tanggungjawab untuk PAS terus memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam yang mana perjuangan parti itu juga adalah untuk menjaga kebajikan semua kaum.

Untuk rekod, PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri menerusi Pakatan Rakyat selepas menang di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Bagaimanapun PAS keluar daripada gabungan itu akibat perbezaan pendapat dengan DAP dan PKR.

Pada masa ini, Selangor ditadbir oleh kerajaan Perpaduan menerusi kerjasama PH dan BN.

Sementara itu, Ab Halim yang juga Adun Paya Jaras berkata rakyat Selangor berhak untuk mendapat yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

Katanya, meskipun Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia dan antara negeri terkaya, namun hakikatnya rakyat berdepan pelbagai isu asas.

“Antaranya kejadian banjir yang berlaku di sebahagian besar kawasan negeri ini ketika ini iaitu seperti di Sungai Buloh, Selayang, Gombak dan banyak lagi.

“Sepatutnya masalah asas seperti banjir, sampah, longkang tersumbat seperti ini tidak menjadi isu sebab Selangor merupakan negeri maju.

“Sebab itu saya cakap rakyat Selangor sepatutnya dapat yang lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu banjir, Ab Halim berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada Kerajaan Pusat supaya menyegerakan program rancangan tebatan banjir termasuk di Sungai Buloh bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku ketika ini.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2024 11:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nah we fine fam…syuh syuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 12:21 AM | Show all posts
lebih maju dari kelanatan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembalikan air percuma kepada penduduk selangor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada emoji jari tengah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ultra78 at 6-10-2024 08:30 AM

Masalah sampah dan longkang tersumbat tu directly di bawah bidang kuasa PBT. Adakah PAS bersetuju jika kita adakan pilihanraya tempatan utk memilih siapa yang patut menguruskan majlis perbandaran dan majlis bandaraya? Atau PAS akan takut cina dan india pulak pegang jawatan di PBT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 10:11 AM | Show all posts
Yg menyalak Coldplay dtg haritu  cam nak kiamat...puak mana ntah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 6-10-2024 11:24 AM
ultra78 replied at 6-10-2024 08:28 AM
Masalah sampah dan longkang tersumbat tu directly di bawah bidang kuasa PBT. Adakah PAS bersetuju ji ...


Pilihanraya PBT dimansuhkan sebab pemainan parti UMNO tahun 1969

Bukan isu yang datang dari Rakyat Melayu atau Rakyat Cina
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Maju dari.....?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:17 AM | Show all posts
Mustahil
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Verdict: Sembanggg.

Perkara ASAS rakyat kat ada satu negeri terpaling isele pun gagal total berpuloh tahun.
Nak menang hati orang² Selangor? Memang tak laa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Maju macam kelantan? Wow tazabar nya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:21 AM | Show all posts
lebih maju dr SG4 tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Delulu is the solulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka betul buat lawak eh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:21 AM | Show all posts
hermmm k
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:13 PM | Show all posts
Bila tang selangor konon tak ubah cara hidup bukan Islam, padahal selama ni dok melalak Islam terancam, melayu terancam. Lobai nak menang hanya mampu tunggang agama je, konon nak atasi banjir padahal dun tempat kau tu la masih tak dapat atasi pun masalah banjir. Jijik dengan lobai ni.
Depa ni tak ubah macam GISB, mabuk kuasa dan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Setel banjir kat negeri ko dulu lah hamjad!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049271 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list