CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55612|Reply: 16

[Tempatan] Apa sudah jadi? Pemain Kedah FC tujuh bulan tidak dapat gaji

[Copy link]
Post time 5-10-2024 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 6-10-2024 12:19 PM

ALOR SETAR – Selepas aksi menentang Sri Pahang FC 20 September lalu, para pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sehingga ke hari ini masih tidak turun berlatih berikutan isu tunggakan gaji yang sudah mencecah tujuh bulan.

Menurut sumber dalaman pasukan, langkah tersebut terpaksa diambil para pemain setelah tiada kata putus mengenai tarikh pembayaran gaji mereka.

Difahamkan ketika ini barisan kejurulatihan juga tidak lagi turun ke padang untuk ‘menanti’ kehadiran para pemain seperti sebelum ini, setelah masing-masing tahu bahawa tiada pemain yang akan hadir ke padang latihan.

“Sejak dari selepas perlawanan menentang Pahang, kami tak dengar apa-apa langsung mengenai bila gaji akan dibayar.

“Ada juga sampai ke pengetahuan kami mengatakan pemilik pasukan, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar sedang berusaha untuk melunaskan gaji pemain. Cuma itu saja yang kami dengar, tetapi sampai bila kami harus menunggu, kami tak tahu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ini bukan kali pertama para pemain KDA FC memboikot sesi latihan setelah mereka turut melakukan perkara sama selama dua minggu, sebelum turun berlatih hanya dalam tempoh empat hari sebagai persiapan menentang Sri Pahang FC.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, ketika ini ada dalam kalangan pemain yang sudah ditarik kenderaannya oleh pihak bank selain berdepan tekanan oleh pemilik rumah sewa yang meminta supaya hak mereka dijelaskan.

“Setakat ini tiada pihak yang mendesak para pemain untuk turun berlatih. Mungkin pihak berkaitan juga sedar dan bimbang dibidas semula oleh para pemain yang kini berdepan masalah kewangan.

“Sebelum ini ada juga dengar khabar kononnya isu ini akan selesai tidak lama lagi, tetapi hingga kini, para pemain masih menjadi ‘kambing hitam’ dan ternanti-nanti gaji yang menjadi hak kami,” katanya.

Ditanya sama ada para pemain akan turun beraksi dalam perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di laman sendiri pada 19 Oktober depan, sumber itu berkata setakat ini tiada keputusan dibuat berhubung perkara itu.

“Kami tak tahu lagi keadaannya nanti. Memang setakat ini tiada apa-apa perbincangan dalam kalangan pemain kerana masing-masing hanya mahu menanti gaji untuk melunaskan hutang serta menyara hidup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2024 09:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 12:19 AM | Show all posts
YB baddrol bakhtiar tak tolong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi ape..
JDT tersenyum sinis lah!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini klu aku kutuk Sanusi x tolong, tobat penyokong tegar dia akan kata KDA FC bukan under kerajaan negeri. Buat apa kerajaan negeri nak kena buang duit rakyat tolong bayar gaji pemain. Semua pakat cuci tangan. Cuba menang, dia la org pertama yg claim kredit. Siap bagi tanah utk pemain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ada rules,kalau tak mampu bayar gaji bubar aje team bola tu. Sampai 7 bulan tak bayar gaji.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2024 08:37 AM | Show all posts
ni mesti agenda musuh islam...islam terancam.
korang apa tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 6-10-2024 12:19 AM
YB baddrol bakhtiar tak tolong ke?

Dia x ada kaitan pun dgn KDA FC....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 6-10-2024 05:52 AM
Ini klu aku kutuk Sanusi x tolong, tobat penyokong tegar dia akan kata KDA FC bukan under kerajaan n ...

Aku x setuju Nuci tolong KDA FC, biarpun aku kipassusahmati tean KDA FC.... Bagi aku better biar pasukan2 yg ada masalah kewangan ni mereput dan biarkan Liga M ni slowly dying.....

Sistem liga kita terlalu menekan pasukan2 lain, selain dari pasukan tokong, byk sgt rules yg favour team tokong semata2 nk cater ego tokong.....

So the best adalah biar liga M luput, dan diwujudkan liga baru yg sistemnya kondusif kpd team marhein.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 6-10-2024 09:20 AM
ultra78 replied at 6-10-2024 08:16 AM
Patut ada rules,kalau tak mampu bayar gaji bubar aje team bola tu. Sampai 7 bulan tak bayar gaji.


Mau mengelupur team tokong..... Siap MFL dah sound team2 yg ada financial problem agar jgn tarik diri dari liga....

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sedapnya paha & betis pemain bola.. semoga dapat terduduk atas riba pemain bola
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zezo at 6-10-2024 09:34 AM

Yg si TS Daud Bakar ni pun, PW kerap gk mentioned. Mmg sus betul. Kalau tgk profil, tak lekeh. Boleh plak kan dia biatkan Gaji tertunggak 7 bulan. Failed betul. Nmpk sgt la indah khabar dari rupa.

Jgn di petik NuC. Dia tgh happy diulit bini baru.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mfl ni kroni jdt ke....klau majoriti pasukan tarikh diri dari Liga super mmg abis berkubur le jdt. Dulu2 team msia kuat level semipro je pun kelabnya n penyokong setiap pasukan bola mmg ramai penuh stadium
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:11 AM | Show all posts
yg diorg nie dah tak dibayar gaji, yg stay lagi buat apa...pergilah carik kerja lain....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 12:48 PM | Show all posts
Kenapa nak kait JDT?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 02:08 PM | Show all posts
nak masuk bertanding mestilah nak menang...xkan nak bagi alasan kuno nak meramaikan, nak sihatkan badan. so, nak menang kena nak sakau banyak pemain2 hebat tapi kewangan x kukuh. liga super nie elok biar JDT dan Selangor je. pasukan lain dicadangkan buat persatuan sendiri yg tidak ada kaitan FAM dan MFL. sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah setel ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.437827 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list