CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10540|Reply: 0

[Tempatan] Tengku Natasya pilihan hati Tengku Muhammad Iskandar

[Copy link]
Post time 7-10-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Istana Abdulaziz Kuantan sekali lagi bakal dihiasi seri pengantin diraja pada 24, 25 dan 27 Oktober ini. - Foto: Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR : Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini.

Perkhabaran manis mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diutuskan menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin.

Menurut utusan berkenaan, istiadat itu akan dilangsungkan di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, yang bakal menyaksikan ia bergemerlapan sekali lagi dengan seri pengantin selepas istiadat perkahwinan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangan FD Idzham FD Iskandar.


Sebagai pembuka istiadat perkahwinan, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, Kuala Lumpur pada Ahad, 6 Oktober.

Istiadat penuh adat resam itu turut dimulakan dengan Majlis Siraman yang dilangsungkan pada hari yang sama.

Malah permulaan istiadat perkahwinan itu dilengkapkan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di lokasi berkenaan.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan beberapa kerabat diraja yang lain.
Ini sedikit perkongsian berkenaan latar belakang pasangan mempelai diraja yang bakal diijabkabulkan di Istana Abdulaziz 24, 25 dan 27 Oktober ini.

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah:
Diputerakan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

Anak ketiga daripada sembilan beradik.
Baginda juga bakal menjadi pewaris takhta kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang selepas Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

Usia antara Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Muhammad hanya selang dua tahun sahaja.
Tengku Muhammad juga sememangnya terkenal dengan keaktifannya dalam pelbagai jenis sukan. Antaranya termasuklah bola sepak, sukan polo dan sukan golf.

Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan:
Tengku Natasya Adnan merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Wanita berkacukan Melayu dan Indonesia, dilahirkan pada tahun 1995.
Tengku Natasya dikurniakan lima adik-beradik termasuk dirinya iaitu: Tengku Iqbal, Tengku Hafiz, Tengku Najwa dan Tengku Nabila.

Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya iaitu Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir, dan Tengku Nadiah.

Ibunya, Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini adalah merupakan seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfileman Indonesia pada tahun 1980-an.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033590 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list