View: 16102|Reply: 6
|
[Tempatan]
Kalau takut diusik, jangan usik kami, kata Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh
[Copy link]
|
|
Kalau takut diusik, jangan usik kami - Akmal
https://www.malaysiakini.com/news/721979
Diterbitkan: Oct 9, 2024 8:54 AM
Dikemaskini: 10:03 AM

Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia enggan memanjangkan ketegangan antara pemimpin parti-parti kerajaan.
Walaupun Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh tidak menyebut langsung teguran presidennya itu namun dipercayai dia bertegas menegakkan pendiriannya sebelum ini yang dilihat sesetengah pihak sebagai 'kontroversi'.
"Kalau takut kena usik,jangan sesekali usik kami dulu.
"Jangan ingat kamu usik kami, kami diam membisu sahaja. Orang lain mungkin, tetapi bukan kami," kata Akmal pada hantaran di media sosial yang disertai tanda pagar #Pemuda Umno Malaysia.

Semalam Zahid berkata PH tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kepada Umno manakala pemimpin Umno pula diminta menghentikan serangan.
“(PH) Tidak perlu minta maaf. Jangan usik rakan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kita mesti menghormati antara satu sama lain. Yang penting kita mesti mengekalkan keadaan dan situasi perpaduan kerajaan sekarang ini.
“Jangan timbulkan sebarang masalah,” kata Zahid.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri bagaimanapun berkata kenyataan ketua Pemuda Umno sebelum ini adalah kenyataan peribadi.
“Selagi presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenyataan- kenyataan itu adalah berbentuk peribadi,” tegasnya.
Ahmad Zahid berkata dia telah bertemu dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kemelut yang melanda.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pecat akmal.  |
|
|
|
|
|
|
|
Taktau knp dia ni makin membosankan plak maybe asik nak cari gaduh je
lagi suka tgk aktiviti waibi helmi tu,pokus jaga masyarakat kawasan dia.
Macam mana dia bantu Dak Nor kuar drpd cycle negatif kepada yg lebih baik hingga dak nor tu mampu uruskan diri dan bantu orang lain plak. Itulah nilai insan yg sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
kena ada seorang 'pemain yg ganas'...kalo tak..ia akn jadi cam warga asing tak takut pelekehkan kedaulatan undang2 negara...sb semuanya/yg lain lembik... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je makhluk2 tak faham isu berkeliaran di mana2. Dalam forum pun ada. Akmal ni wakil dorang lah. Bodoh2 pun survive.
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam seketui tahi musti ada se ekoq cacing! |
|
|
|
|
|
|
| |
|