CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 29811|Reply: 48

[Tempatan] Banduan Pokok Sena mati selepas hukuman sebatan, NGO tuntut siasatan

[Copy link]
Post time 10-10-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Banduan Pokok Sena mati selepas hukuman sebatan, NGO tuntut siasatan

https://www.malaysiakini.com/news/722073

Ili Aqilah
Diterbitkan:  Oct 9, 2024 5:31 PM
Dikemaskini: 5:31 PM



Suhakam mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kematian seorang banduan, yang didakwa berlaku selepas menjalani hukuman sebatan.

Suhakam ketika dihubungi mengesahkan laporan kematian lelaki yang ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah, itu telah dibuat semalam.



Menurut laporan yang dilihat Malaysiakini, keluarga banduan Zaidi Abd Hamid, dimaklumkan mengenai kematiannya pada 2 pagi Isnin (7 Okt) lalu.

Zaidi, 49, pada mulanya dijatuhi hukuman mati pada 2015.

Bagaimanapun, selepas pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia, hukumannya disemak semula pada 10 Sept dan ditukar kepada penjara selama 33 berserta 12 sebatan.

Penafian lawatan

Laporan itu mendakwa Zaidi mula mengalami pendarahan teruk seminggu selepas hukuman sebatan itu, yang mencemaskan keluarganya, terutama memandangkan dia mempunyai penyakit darah tinggi.

“Isteri Zaidi meminta untuk melawatnya pada 6 Okt lalu tetapi ditolak. Keluarganya sangat risau dengan keadaan Zaidi dan telah meminta pihak penjara menghantarnya ke hospital untuk rawatan perubatan yang sewajarnya.

“Malangnya, pada 7 Oktober kira-kira jam 9 pagi, keluarganya menerima berita kematian Zaidi pada hari yang sama,” kata laporan itu.

Sijil kematian Zaidi, yang juga dilihat oleh Malaysiakini, menyenaraikan punca kematian sebagai "sekuel septik kepada trauma daya tumpul ke kawasan gluteal."

Darah tinggi

Dia dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.



Malaysiakini juga dimaklumkan bahawa Zaidi telah menerima ubat untuk tekanan darah tinggi dan diabetes semasa di penjara.

Ketika dihubungi, Dobby Chew, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan advokasi Right to Life, menggesa supaya bedah siasat dan siasatan menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada keadaan kesihatan Zaidi menyumbang kepada kematiannya.

"Bagaimanapun, ini tidak mengubah hakikat bahawa dengan syarat-syarat sedia ada ini, dia sepatutnya tidak berhadapan dengan hukuman rotan kerana ia akan sentiasa membawa risiko lebih bahaya daripada apa yang dibenarkan di sisi undang-undang," katanya.



Bahaya rotan

Chew seterusnya mempersoalkan kualiti sumber penjagaan kesihatan dalam sistem penjara, dan mendakwa bahawa kelewatan memberi rawatan perubatan berikutan hukuman sebatan itu mungkin menyebabkan kematian Zaidi.

“Dia (Zaidi) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan mempunyai peluang untuk menebus dan hidup di luar penjara. Namun, dia dan keluarganya dinafikan perkara ini.

"Jika kerajaan tidak dapat memberi jaminan kepada mereka yang dikenakan sebatan itu bahawa mereka tidak akan mengalami komplikasi lanjut selain tujuan untuk mendatangkan kesakitan, maka hukuman ini tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada Kanun Keseksaan kita," katanya.



Malaysiakini telah menghubungi Penjara Pokok Sena dan sedang menunggu ulasan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 09:47 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun...

bleh tak NGO ni cadangkan apa hukuman yg sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:52 AM | Show all posts
alamak kena kesian dekat banduan pulak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:52 AM | Show all posts

innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
This time cina pula yang champion bab2 gini. India tu biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya family nak tgk x boleh. Mcm lmbat je bawa ke hospital sbb dah seminggu. Lagi2 dia ada diabetes tu yg lmbat sembuh dan sng kne infection sekali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 10:30 AM | Show all posts
"Zaidi, 49, pada mulanya dijatuhi hukuman mati pada 2015.
Bagaimanapun, selepas pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia, hukumannya disemak semula pada 10 Sept dan ditukar kepada penjara selama 33 berserta 12 sebatan."

302 atau dadah? Bukan kesalahan curi bawang kat supermarket.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
hukuman boleh tukar tp kematian tak.
sudah tersurat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 10:39 AM | Show all posts
kadang 2 terpikir gak, untuk banduan mcm arwah ni, lagi baik kena gantung atau diringankan tapi kena sebatan (untuk dia la)..

Jom try kira kira
Umur dia sekarang 49 (lahir tahun 75 lah), jatuh hukuman 2015, katakan kena tangkap 2010. Kalau tukar ke 33 tahun sepatutnya dari 2010 sampai 2043 la kan.. mungkin tolak2 cuti apa bagai, diskaun 5 taun, so jadik lah 2038. Arwah kalau sempat keluar pun umur dah 63 taun.. tapi in addition to that kena lah sebatan 12 kali .. (which jadik asbab kematian dia). kalau mcm kes dia ni, mungkin berbaloi jugak kot..  tapi boleh ke dia taknak.. mcm ada kes bangla yang bunuh boss dia tu, hukuman terus ditukar aje.. tak kira apa banduan tu punye preference..


Apa2 pun semoga arwah sempat bertaubat nasuha dalam penjara, dan Allah ampunkan dosa2 dia dan tempatkan roh beliau di kalanagan orang2 yang beriman.. Amiinn..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat drp tali gantung..mati pulok kena sebat...Final Destination versi Msia???
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:28 AM | Show all posts
muka dobi pun meminta sgtttt.  kau jaga2 dobi, make sure tak buat benda salah yang yang ada sabitan kanun keseksaan.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:38 PM | Show all posts
dia ni dulu kes apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:42 PM | Show all posts
mgkin ms tu doc kt penjara tgk xperlu smpai antar spital dlu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:52 PM | Show all posts
nak pula isteri dia tggu ek..klu kes kna penjara seumur hidup ko sbgai isteri x pyh la nk tggu ..ko mnta la pisah..bina hidup baru..cari laki yg baik. sian kt dri sndri
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:57 PM | Show all posts
kenapa masa keputusan hukuman di tukar ke penjara 33 + 12 sebatan tu tak mntk pengecualian rotan tu
dh tau ada sakit2 mcm ni
kan dah jenuh
salahkan balik pihak penguasa plk


tah ape salah smpi maut jgk dlm penjara

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:59 PM | Show all posts
blakcswan replied at 10-10-2024 12:52 PM
nak pula isteri dia tggu ek..klu kes kna penjara seumur hidup ko sbgai isteri x pyh la nk tggu ..ko  ...

mmmm
yg kawen lps masuk penjara pun ada
confirm2 xleh hubungan fizikal
bertahun jgk

tak tau nk kategorikan perempuan mcm ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-10-2024 10:01 AM
This time cina pula yang champion bab2 gini. India tu biasa.


Nk ambil kesempatan la tu isu2 mcm ni. Dah berapa ribu kena sebat, ni 1st time i baca smpai mati
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 10-10-2024 10:30 AM
"Zaidi, 49, pada mulanya dijatuhi hukuman mati pada 2015.
Bagaimanapun, selepas pemansuhan hukuman m ...

Itu la ..kesalahan jenayah berat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 10-10-2024 10:30 AM
"Zaidi, 49, pada mulanya dijatuhi hukuman mati pada 2015.
Bagaimanapun, selepas pemansuhan hukuman m ...

Oh maknanya 2015 belum ajal, 2024 ajal dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes terpencil jer ni, sdgkan ada org yg mati sbb beksin kobit pun gomen buat x layan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.377453 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list